
![]() |
Luahan Perasaan ( Dugaan Ramadhan)
Aug 7, 2012 | Tuesday, August 07, 2012 | 2 comments
Lamanya tak jenguk blog. Bulan ramadhan ni rutin agak berlainan dari hari biasa dan agak sibuk sikit dengan macam2 aktiviti dan kerja. Cuma malam ni, rasa nak meluah perasaan sikit kat sini.Pertama, syukur sangat2 bila haziq telah terpilih untuk ke Jepun bagi program Kizuna AFS. Sebaik berita diterima, ada perasaan suka dan ada duka. Perasaan yang bercampur-baur. Akak gembira kerana haziq terpilih menjadi salah di antara 28 orang pelajar di seluruh malaysia yang berjaya mengikuti program kizuna ke Jepun pada awal disember ni insyaAllah. Namun, akak sedih bila kawan haziq yang sama2 satu sekolah yang juga telah berjaya sampai ke 2nd stage interview tapi kali ni mungkin belum rezeki dia. Hanya haziq seorang yang berjaya terpilih. Rasa berat hati juga. Kalaulah dua2 terpilih, pastinya kegembiraan yang dirasai tiada cacat celanya.. Kedua, macam2 dugaan rupanya yang harus kami tempuhi untuk menguruskan segala dokumen utk dihantar ke AFS. Dateline adalah 15 Ogos dan disebabkan khamis ni haziq dah start menduduki peperiksaan percubaan PMR, maka akak haruslah menyelesaikan segala keperluan dokumen dengan kadar segera termasuk urusan permohonan passport. Mula2 lagi dah diduga, seminggu sistem di jabatan imigresen daerah segamat berada di luar talian (offline). Hari2 kena call tanya, last2 akak ambik keputusan untuk buat passport haziq di muar. Alhamdulillah akhirnya, passport siap pada hari yang sama Jumaat lepas. Ketiga, urusan medical check up asalnya akak bercadang nak buat di klinik swasta je. Tapi atas cadangan dan nasihat pihak sekolah untuk buat di klinik kerajaan, kami pun akur je lah. Rupanya, banyak proses dan terpaksa dibuat berhari2. Dari x-ray, timbang berat, ukur tinggi dan apa lagi satu hari tu pun akak dah lupa dibuat pada hari yang sama di klinik. Ujian tibi pula perlu dibuat di klinik kerajaan di tempat lain pula memandangkan klinik yang akak pegi tu tak buat ujian tibi tersebut. So kena lah datang hari lain. Kemudian baru balik semula ke klinik yang asal untuk keputusan ujian dan jumpa doktor. Hari pertama datang, di kaunter pendaftaran pun dah diduga juga. Misi kat situ suruh kami siap isi maklumat2 yang ada pada borang medical check up sedangkan dah terang2 arahan kat surat tu memaklumkan segala maklumat MESTI diisi oleh pegawai perubatan. Kadang2 kita ni jadi serba salah, takkan semua benda nak argue pulak kan. Tapi tak cakap, macam kita ni tak reti dan tak tau apa2. Nak tak nak terpaksa call member yang juga merupakan misi tapi misi di hospital besar untuk tanya pendapat dia. Jasa baikmu sentiasa dikenang, sanggup datang ke klinik untuk tolong sama2 explain pada misi kat kaunter pendaftaran tu. Okey, boleh pun dia faham. Tengahari tadi adalah appoinment untuk keputusan tibi dan berjumpa doktor. Tetiba haziq panggil akak masuk. Belum sempat duduk, doktor pun baru je nak bersuara bertanyakan pasal tarikh imunasasi haziq sewaktu bayi, pembantu doktor ni dah 'tembak' akan bertalu2 mengalahkan doktor yang ada kat situ. Ok, fine..akak terima kad baby haziq dah hilang entah ke mana. Maklum je lah dah 15 tahun pun usia dia kan. Akak pun dah pernah berpindah randah. Memang tak ingat langsung kat mana kad tu dah. So, akak minta jasa baik dan kerjasama doktor untuk buat je mana2 tarikh yang agak bersesuaian untuk diisi dalam borang. Doktor pun macam dah faham dan dah bersetuju pun, tapi misi yang berlagak macam doktor ni, bising2 kat akak, bising kat doktor juga tu yang paling akak tak tahan tu. Bila doktor buat juga untuk bantu akak, dia seakan cari jalan supaya doktor akhirnya tak tolong kami. Ye, tahniahlah sebab akhirnya dia berjaya. Sampaikan form yang atas meja doktor pun dia tarik dengan alasan nak bertanya pada doktor senior. Tak tahulah apa dia bincang, akhirnya doktor yang asalnya sangat baik hati untuk bantu akak pun datang semula dan mintak akak untuk pergi ke klinik asal masa akak buat imunasasi haziq. Sekali lagi akak call kawan akak tu minta nasihat dan pandangan dia juga. Perasaan tak puas hati akak tak salah rupanya kerana dia juga rasa keadaan dan situasi ini tidak patut berlaku malah dengan pantas menawarkan diri untuk membantu akak call klinik asal haziq. Tak lama lepas tu inform akak semula bahawa rekod yang disimpan hanya selama 7 tahun saja sedangkan haziq dah 15 tahun pun. Ikut janji doktor, kalau tak dapat salinan dia akan bantu akak sepertimana mula2 yang dia dah buat tadi. Jadi akak datang semula ke klinik dan bagitau doktor maklumat yang akak dah terima tu. Tapi akhirnya misi tu keluar balik semula berjumpa akak dan bagitau, mereka dah call klinik asal haziq dan diaorang berjanji nak dapatkan salinan asal semula. Apa cerita ni? Tambah buat akak stressed bila dia bagitau yang pihak hospital tak boleh tolong apa2 kalau salinan tu tak dapat jugak akhirnya. Time tu rasa nak marah, nak nangis semua pun ada. Geram sangat bila tengok misi tu. Nama dia pun akak dah hafal. Jawatan dia kat hospital pun akak dah tau. Seryes, kalau tak mengenangkan bulan puasa, tak taulah macammana jadinya tadi. Akak tahan sabar je. Kesabaran akak sangat2 lah tercabar lagi2 bila akak yang sedang duduk di depan doktor tadi telah diminta BERDIRI untuk bagi laluan pada misi tadi yang hanya merupakan PEMBANTU doktor untuk duduk pula di situ. Tertanya2, memang macamtu ke prosedur klinik kerajaan?? Dalam kemarahan dan kekecewaan, akak call mr mj akak minta dia tolong selongkar apa yang patut di bilik stor akak, manalah tau kalau2 terjumpa kad baby haziq dulu. Dalam kereta dengan perasaan sedih sambil akak berdoa banyak2 agar di beri jalan, diberi kesabaran dengan dugaan demi dugaan dan akhirnya dengan tak disangka2 kad baby haziq berjaya dijumpai. Kalau kita sabar, Allah pasti bantu kita kan..alhamdulillah.. Sepantas kilat jugak akak ajak haziq ke klinik semula. Sampaikan ada misi2 lain yang perasan rupanya akak seperti mencari sesuatu lalu bertanya, dan akak juga ceritalah sikit sebanyak hal yang telah berlaku, dan tanpa diduga ini jawapan yang keluar dari mereka. Ni mesti misi teeeeettttt tu kan. Kak, dia memang macamtu kak. Kesiannya akak, dia tu memang macamtu, lebih sudu dari kuah. Kalau hal dia tu pandai pulak sibuk nak mintak tolong orang dan bla..bla..bla.. Okey, akak speechless. Tak sangka pulak misi tu memang dah terkenal. Fine, ni hari akak. Allah nak duga sejauh mana kesabaran akak. Akak redha dan terima. Atas redha itu, Allah beri ganjaran, tak disangka2 kad baby haziq yang setelah sekian lama hilang seolah2 senang pulak dijumpai semula. Dan akhirnya settled masalah medical check up haziq. Akak orang last yang tinggalkan klinik. Takde patient lain dah. Akak pun tak pasal2 dapat berkenalan dengan ramai misi2 lain yang baik2 hati, ramah dan mesra.. Malam ni haziq busy scan semua yang perlu untuk submit pada AFS secara online. Masih memerlukan beberapa dokumen antaranya surat sokongan dari pihak sekolah. Hal ni juga rasanya akak diduga juga. Sedikit rasa terkilan, bila pihak sekolah melepaskan tanggungjawab membuat surat sokongan kepada haziq. Bukan tak boleh nak buat, tapi rasanya ni tugas cikgu yang bertanggungjawab kan. Bila taip surat sendiri seolah memuji diri sendiri pula. Okeylah, terpaksa terima alasan surat sokongan memang diserahkan pada pelajar sendiri untuk buat sebab pihak sekolah tak tahu pencapaian pelajar2 dia. So nanti takut ada maklumat tertinggal. Tapi, jika niat nak membantu pelajar (rasanya dah banyak sangat juga sumbangan haziq demi menaikkan nama sekolah) apa lah salahnya, hanya minta haziq senaraikan segala pencapaian akedemik dan koko saja kan? Ni dia minta haziq karang siap surat dan beri pada cikgu yang incharge dan dia hanya semak dan masukkan kepala surat dan beri pengetua untuk tandatangan. Sedangkan sekolah lain, sewaktu interview pun sekolah dah sediakan surat sokongan untuk pelajar dia. Sedih, kecewa dan terkilan juga di situ. Tapi takpelah kan haziq. Mungkin ni bukan program sekolah, cuma rasanya apapun, tetap nama sekolah disebut juga kan? Haziq dah siapkan draft surat tu pun. Nak tak nak kan, siapalah kita nak bercakap banyak. Akak dah cuba berbincang dengan cikgu tu pun, dia dah beri macam2 alasan. Kena akur jugak lah kan. Doa akak, semoga Allah mempermudahkan segala urusan2 selepas ini. Buat haziq, ibu kagum dengan usaha dan kesungguhan haziq. Fokus haziq pada semua perkara. Mana fikir nak trial, fikir nak settlekan hal kizuna ni lagi. Semoga Kau sentiasa pelihara anakku ya Allah. Berinya kekuatan, ketabahan dan kebaikan. Mudah2an haziq dapat buat yang terbaik untuk kedua2nya. Sepertimana kami gembira dan bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang Kau dah berikan, kami juga redha dengan dugaan yang Kau turunkan ya Allah. Semoga kami sentiasa dilimpahi rahmatMu. Amin ya rabbal alamin......... Labels: personal Ramadhan oh Ramadhan
Jul 23, 2012 | Monday, July 23, 2012 | 2 comments
Sekejap je dah nak masuk 3 hari berpuasa. Dulu Mr. MJ selalu suka ingatkan akak,Rasa2lah puasa ni..nanti tau2 je dah raya... Belum terlambat jugak kot nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga tahun ni adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Diam tak diam sebenarnya masa sangat cepat berlalu. Macam rasa baru je menyambut raya tahun lepas. Tau2 je kejap lagi dah nak raya. Pastu kejap je dah bulan 12 dan kejap je dah tahun baru 2013. huhu Akak suka sangat bulan ramadhan sebenarnya sebab suasana dan rutin kita pun banyak berubah dari hari2 dan bulan2 yang lainnya. Selalu kita masak tengahari ni kita masak petang2. Selalu malam2 golek dan santai depan tv, ni ramai2 kita memeriahkan masjid dengan menjalani ibadat solat tarawikh insyaAllah dan banyak lagi juga rutin2 yang bakal menyusul selepas2 ini yang biasanya tidak kita lakukan di hari2 lain. Tahun ni akak sambut awal puasa di rumah sendiri je. Biasanya tahun2 lepas sambut puasa bersama family kat kampung. Takpe, tahun ni kita try sambut sendiri pulak. Lagipun akak dah berturut2 minggu dok balik kampung je ni. Orang kampung pun bosan kot kalau balik2 tengok muka akak je yang balik. haha Tahun ni azam bulan ramadhan kalau boleh nak kurangkan membeli kat bazaar ramadhan. Nak masak2 je. Ececeh, tetiba pulak semangat memasak berkobar2 time puasa ye. Masuk blog resepi sana sini, pehh!! macam2 resepi best dan nampak sedap sehingga buatkan akak rasa nak try semua resepi2 tu. Best2. Lepas ni nak try panggang ayam ala kenny rogers pulak. Harus tutup kenny rogers lepas ni..haha..:p
nyam3x..
Pastu buat pulak mashed potato, dan nak kenyang sikit masak nasik ala2 kenny rogers jugak. Aduhhhh.... Ok, takmo cerita panjang. Kejap lagi nak siap2 carik bahan. Jom pi giant jom! Selamat memasak dan selamat berbuka puasa pada semua.....;) Labels: family, menu, personal Cerita Cuti
Jul 17, 2012 | Tuesday, July 17, 2012 | 2 comments
Beberapa hari lepas ni agak bizi sikit. Maka blog pun sikit terabai. Harini agak lega sikit. Cuaca mendung, sejuk, berangin buatkan susah nak melepaskan bantal dan selimut pagi tadi. Namun perjuangan harus diteruskan. Kah3x..berjuang kebendanya lahhh!!Nak cerita pasal weekend semalam ni je. Haziq ada interview AFS 2nd stage di Quality Hotel, Shah Alam 14 & 15hb Julai lepas. So, akak pun mengambil kesempatan lah nak balik banting kan. Ngee..:D Kebetulan jugak cousin akak yang sedang study di US, balik bercuti sebulan sehingga raya ketiga. So, wajiblah planning macam2 program. Actually, lama dah plan ni sebelum dia balik lagi. Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni tidak perlu berbelanja membayar bill yang tinggi walaupun berhubung jarak yang sangat jauh. Skype kan ada!..;) Skype sana sini, plan itu ini, akhirnya...kata sepakat dicapai. Sabtu lepas akak hantar haziq ke hotel untuk mendaftar pada pukul 11 pagi, akak juga menghadiri taklimat untuk parents lebih kurang dalam sejam je rasanya. Sampai2 je kami dijemput breakfast oleh volunteer AFS. Wahh ada brekfes free rupanya. Hahaha. Perut pun tengah lapar kan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan...;p Siap briefing tengok jam baru pukul 12 tengahari. Janji dengan cousin akak nak berjimba2 ke Shah Alam petang, so masih terlalu awal ni. Nak balik banting pun sangatlah tak berbaloi, maka sunway piramid menjadi destinasi pilihan untuk cuci2 mata..;) Sale sana sini rupanya. Sabar..sabar. Dok urut2 dada je kerjanya sambil pegang henbeg kuat2. Tahan supaya wallet tak keluar. Haha..Alhamdulillah berjaya juga. Tahniah untuk diri sendiri! Eceh!!..:p Fikir2 nak lunch kat mana akhirnya kitaorg pi terjah fullhouse je lah.
Muka lapar..;p
Siap makan, ronda2, cuba2 last2 tak membeli satu apapun. Yeayy! Berjaya mengawal nafsu. Lebih kurang pukul 3 lebih makusu akak call suh tunggu je dia kat SACC Mall sebab cousin akak nak carik baju melayu dan sampin. Semangat nak beraya kat Malaysia tahun ni. Singgah solat di Masjid Shah Alam dulu, terus ke SACC dan kemudian ke syeksen 7 Shah Alam. Ibuk2 pulak mau sopink!
Namun.......akhirnya, akak tewas juga pabila sampai ke butik ariani di seksyen 7. Misi mencari tudung yang tak berapa dirancang sebenarnya. Bila tengok ada sale dan kaler tudung yang nak matching dengan baju raya pun ada terpaksalah sambar jugak kot. Pengalaman mengajar sebenarnya bila tahun lepas carik tudung last2 minit menjawablah bila tudung tak masuk langsung dengan kaler baju. huhuh..
Letih jugak dah rasanya bila dari pagi tak berhenti ke sana ke mari. Program malam lagilah menariks ni. Dimulakan dengan acara makan secara berjemaah di Restoren Putera Ayu, Padang Jawa. Dekat je sangat dah dengan seksen 7 tu kan.
Boleh tahan jugaklah rasa makanan kat sini. Harga pun ok, servis pun ok. Tomyam dia pekat akak suka. Makan sampai kenyang pun masih berlebih lagi. Tapi hero2 malaya ada ramai. Diaorang lah yang perabihkan lauk2 tu semua. hehe
Sepatutnya lepas makan2 ni, nak layan ice age 4 lah konon2nya. Tapi bila perut dah kenyang, kaki dan penat berjalan, mata pun apa lagi. Wayang atas katil je lah jawabnya kan. Terpaksa cancel plan nak tengok wayang. Siap makan, semua balik cahaya spk rumah pakcik akak untuk berehat dan bersantai2.
Adakah benar, kami balik dan berehat2??? Hanya akak dan cousin2 akak saja yang tahuuuuu..muahahahahaha..:p
Labels: entertainment, family, personal, shopping |