![]() ![]() ![]() ![]() |
Kisah lucu..lucu ke??
May 25, 2010 | Tuesday, May 25, 2010 | 6 comments
Wknd sabtu dan ahad adalah cuti. ehh2 sabtu x cuti. my mr MJ ada kursus. haziq pulak ke penang ada program astronomi. So wknd semlm ni adalah plan utk blk bp. sbb ada jemputan kawin. tau ada jemputan pun, kezen2 yg dok tnya sana sini. akak blk ke tak. so tnya mr MJ dia pun kata dia jgk x tau ada kenduri ke tak, sbb masa blk 2 ming lepas mmg takde kad n masa call mak pun mak x ckp apa2. Ok2. takpe, ni masing2 dh sibuk bgtau. yg ajak2 blk pun ada. biasalah, masa2 kenduri nilah masing2 sibuk berjanji2 smbil2 leh berjmpa2 dan bergossip2..;-) Akak ckp kat mr MJ. jom jelah kita blk, sbb selalu kad ada kat kat kg kan. ok, kata sepakat dicapai maka kami pun vroom blk kg pada tghri hari sabtu selepas zohor. eceh!!..;p Mcm biasa, packing2 utk blk kg dgn tujuan menghadiri kenduri ni mmg lain sikitlah kan. packing kena lelebe sikit. mcm2 nk ingat ni. baju apa nk pakai??. tu pun mkn masa stengah jam belek2 dlm almari tuh. hahaha. poyo! tudung apa pulak nk matching kan?? ambik stengah jam lagi....:p Siap pilih2 baju akak baju MJ. kenalah siap2 iron kan. sbb senang nnti takyah nk iron2 baju kat kg. gantung je siap nk pakai dh senang. baju dan tudung dah. apa lagi ehh? oooo ok2. kasut jgn lupa. hahaha. mcm ready2 nk raya pun ada gak ni..:p Okieh, counter check sblum bertolak blk. sume complete. takde yg tertinggal. cantik!! lepas solat zohor akak pun, jom bang kita bertolak. fuhh! feeling perantin baru korang. bedua2 an dlm kete blk kg. dh lama woo x feeling cenggitu....:p opss2! klau ada sesape loya akak tak bertanggungjwb yer! hahahaha.. Plik pulak dgn semangat kali ni. selalu nk gi kenduri kawen pun takde excited cmni. mcm ada sesuatu je kan. ermmmmm.. Kitaorg smpai kg lebih kurang pkul 4 lebe. sampai2 mcm biasa borak2 lah dgn mak. pot pet pot pet. tetiba akak tringat nk tnya, mak hr ahad ada kenduri kawen umah tutttt (nama dirahsiakan atas sbb keselamatan..haha) ye mak? pastu mak pun secara lemah lembut segan2 nk jwb. aah adaaaa, tapiiiiiii, acim (nama manje mr MJ) punya kat jemputan takde, pastu takde pulak pesan suh jemputkan acim. suasana sepi seketika. kedengaran bunyik siulan burung dan bunyi miawan kucing sahaja. kami spceechless! tapi tiba2 hmpir serentak kami gelak2 besar. hahahaha. adoiii malu pun ye jgk sbnrnya. beria semangat blk nk pegi jemputan. rupa2nya org x jemput ponn.... Mak sgt serba salah dan terus je bertanya, ni blk sbb semata2 dan pegi jemputan lah ye? cecepat je akak jwb. ehhhhhh, taklah mak. saja je mmg nk blk. haziq kan ke takde. saja je lah. kebetulan sipolan2 (juga dirahsiakan atas sbb keselamatan) yg bgtau ada kenduri. hahaha. poyo tau bg jawapan kat mak kaver malu punya pasal! Ermmm, korang rasa ni crite lucu ke, crite sedih ehh? akak pun x tau lah nk ketegeri kan cite apa ni?? hahaha. tp akak anggap ni cite lucu. sbb mmg kelakar lah kan. beria blk dlm kete siap gantung2 baju bagai. last2 duk umah je pakai jeans n tshirt jelah. mr MJ pulak spt biasa menjalankan kegiatan biasa bila blk kg iaitu. bersantai2 dlm kebun. muahahaha..;p Pernah ada pengalaman yg serupa????? gambar tiada motif. muehehehe..;p Labels: family Menangani Rasa Cemburu
May 21, 2010 | Friday, May 21, 2010 | 2 comments
Salam jumaat. tips keharmonian rumahtangga bersama akak. eceh!! Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian. Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi. Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula. Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja. Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga. Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram. Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga. Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga. Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri. Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yang terungkap semasa akad. Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai, minta dimanjakan seperti anak kecil namun adakalanya mereka seperti nenek yang sering berleter seadanya, merungut semahunya. Namun, bahagia dan derita hanya kita yang mencorakkan sendiri Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan. Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu. Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian. Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang. Perkara ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai.” (Surah Ar Rum, ayat 21). Cinta dan kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu. Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan. Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa. Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab. Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya. Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu. Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri.Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal. Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora. p/s - sumber adalah dari email..hehehe..asal tips je konfemlah dari email....;p Labels: info Tinta buat guru..
May 17, 2010 | Monday, May 17, 2010 | 4 comments
Dirimu selalu menerangi, membakar diri, tanpa jemu dan henti, segala pahit getir diharungi, demi pelajar yg kau kasihi.. Tatkala setiap ilmu yg kau beri, dgn kesungguhan hati, membentuk keyakinan diri, memberi sumber inspirasi, berbakti setiap hari, memberi dengan sepenuh hati, tunjuk ajarmu dicontohi.. Sesungguhnya dirimu kusanjung tinggi, kau ibarat lilin yg menerangi, segala jasamu kukenangi, pengorbananmu kuhargai, kau lah guru yg kusayangi.. Selamat hari guru utk semua guru yg pernah menabur jasa yg tak jemu mendidik ank bangsa. Segala jasamu tidak terbalas......... Labels: personal Saya puas hati!!!
May 14, 2010 | Friday, May 14, 2010 | 10 comments
![]() Rata2 sejak semlm dlm fb ke, dlm blog ke masing2 hangat memperkatakan cerita di slot akasia tv3, adamaya. alhamdulillah semlm merupakan episod terakhir dah. takdelah masing2 sibuk rebut tv lagi. sibuk nk balik cepat lg....;p Sbrnya cerita adamaya ni akak x mengikuti masa awal2 cerita dulu. serius masa awal2 dulu akak ada lah try tgk tp masa tu akak x dpt feel lagilah. akak siap ckp dgn haziq. ermm tak bestlah cite ni. skrip dia mcm skrip budak2. hamboi2!! mmg haku x sayang mulot!! hahahaha.. Akak mula mengikuti semula kisah adamaya ni bila masing2 dok heboh sana sini dlm fb. so akak pun sajalah tgk blk. nk tau gak apa sbb sume org mcm dh demam adamaya ni. ermmm..;-) Start akak tgk kali kedua tu, barulah akak dpt feel. cerita yg simple. tp mempunyai makna dan nilai yg mendalam ttg konflik jiwa, keobsesan cinta, kesetian tidak berbelah bagi, kasih sayang tanpa sempadan dsbgnya. Watak kegemaran akak adalah of koz adam, mika dan lisa. tp ada yg kata adam tu suami yg dayus, bila dia masih bersabar dan mendiamkan diri bila mengetahui isteri dia curang. pendapat masing2 lah kan. x taulah akak dlm kehidupan realiti ni ada ke suami yg berperwatakan mcm adam tu? Rata2 juga, ramai tak suka dani lah kan. kerana obses cinta dia kpd maya, smpai dia lupa pada takdir dan qada qadar ketentuan kehidupan dia. smpai lari dari tanggungjawab yg sepatutnya dia pikul. bagi akak cinta yg terlalu obses menyebabkan kita jadi lebih egois dan pentingkan diri sndiri. sehingga sanggup meruntuhkan kebahagian org lain. cinta sepatutnya sesuatu yg indah bukan sesuatu yg terpaksa buat org sekeliling kita berasa sakit dgn cinta kita itu.. Maya, ermmm, wpun ada yg kata maya x harus dipersalahkan kerana dia keliru. tp bg akak maya jugak sepatutnya harus terima sesuatu dululah sebagai pengajaran pada kesilapan dia tu. dia curang pada suami yg setia demi mempertahankan cinta pertama dia. smpai dia tak dpt membezakan yg mana cinta sejati dan kasih abadi. Amani, comel sgt2 okey. sukanya akak tgk budak amani tu. hehehe. anak sapa lah tu ye??? Ok, apapun kisah terhangat di pasaran buat masa ni telah pun berakhir semlm. rasa2nya ramai yg berpuas hati dgn happy ending crite tu. wpun sblum tu bermacam2 spekulasi ttg episod akhir crite tu yg akak dgr. ada yag kata adam mati lah, maya gila lah, dani kena tangkap polislah. hahahaha. mcm2 idea diaorg2 ni taw.. Akak juga berpuas hati dgn happy ending cerita ni. wpun ada sedikit rasa simpati pada dani kerana kesudahan cinta dia yg begitu sehingga menyebabkan dia jadi tak siuman. mmg kesianlah kan. uhuk!! Indahnya cinta, seindah kasih tercipta dari keikhlasan hati yg dirasa, menyintai dgn sepenuh jiwa, sejujur rasa, memberi cinta tidak seharusnya kembali menerima, itulah kenyataan cinta yg bermakna................ Labels: entertainment Rahsia Lelaki..hurmmm...;-)
May 13, 2010 | Thursday, May 13, 2010 | 4 comments
![]() suami idaman tajaan incik gugel...;p Jom kita tgk apa dia rahsia lelaki yg kita sbg wanita khususnya para isteri perlu dan patut tahu. juger akak kopipes dari email utk renungan dan pedoman kita bersama...;-) Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn. Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam. 1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati. Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai. 2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing. 3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri. Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan. 4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri. Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai. Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka. 5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga. Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung. Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan. 6. Lelaki mahu lebih seks. Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki. Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif. Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting. 7. Lelaki bergelut dengan godaan mata. Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa. 8. Golongan Adam memang suka berasmara. Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan. Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka. 9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya. Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka. 10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka. Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya. Amacam?? sudah terungkai segala rahsia?? jgn biarkan diri anda diselubungi misteri lagi!!!!!...ekekekeke....;p Labels: info Terkenang semasa dulu..
May 12, 2010 | Wednesday, May 12, 2010 | 9 comments
Akak pun x taulah kenapa eh dulu akak mmg suka sgt berangan2 ni. Esp masa belum sekolah dan awal2 sekolah rendah tu (drjh 1 - 3). kiranya setiap permainan akak diilhamkan dari berangan. punyalah kuat berangan. main ckg2 berangan jd ckg. main star wars2. haa bukan star wars pedang2 tu. tp akak suka berangan naik kapal angkasa. sofa tu boleh akak ibaratkan mcm space ship kecik. hahaha. kelakar sungguh!! Ok2 tutup cite berangan akak tu. saja je tuh sebagai mukaddimah cerita. hehe. Dlm 2, 3 hari lepas nilah kan. masa komen2 dgn kengkawan kat fb. ntah mcmana terceritalah pasal permainan zaman akak kanak2 dulu. sape2 yg lebih2 kurang sebaya akak ni mesti korang ingat kan jnis permainan zaman kanak2 kita dulu. Dulu masa kecik2, sume anggota badan pun kita boleh jadikan sumber utk bermain. tak caya?? Ok kita start dari jari. jari2 ni dulu digunakan utk permainan yg dipanggil mak minah pegi pasar. hahaha. korang bdk2 zaman modern ni mesti guling2 gelak ye bila dengo nama game kitaorg ni. apa ke kaitan nya mak minah ke pasar dgn jari pulak ni? haaa mak minah pegi pasar ni cuma tajuk lagu je. so nyanyi lagu ni smpai habis. mana dia brenti, jari tu korang masukkan ke dlm. maknanya setiap suku kata perkataan dlm lagu tu adalah utk setiap jari2 korang dgn kengkawan korang. tp tulah mgkin susah nk bygkan mcmnana. sayanglah, akak gugel takde game ni. bila fikir mmg kelakar. tp game2 mcmnilah antara permainan yg mengeratkan persahabatan dgn kwn2..:-) dulu2 mana ada game framville okey???? Tangan pulak. sep, sep, sep, tom, tom, tom. hahahaha. sape pernh main permainan sep2 tom2 ni. haaa best kan! game sep2 tom2 versi akak ni. lepas sep2 tom2 korang kena jadi patung. sape bergerak dulu dia kalah. hahahaha. meriah korang! best tau. try klau x caya. Skrg bahagian kaki pulak. haa sape prnh dengar lagu bang2 selebu kuali sawa? hahaha. akak x taulah apa ke makna ayat. tp mmg tu jelah yg dinyanyi bila main permainan yg sapu2 peha tuh. hahahaha. mcm2 jnis permainan lah dulu2. Klau nk cite pasal permainan tradisonal kanak2 dulu2 ni mmg tak tercerita. ada mcm2 jnis. smpai kitaorg dulu tak heran klau takde tv ke takde hiburan ke. sbb kitaorg ada byk bnda nk hiburkan diri sndiri. Tu permainan2 indoor. outdoor pulak spt game teng2, konda kondi, galah panjang, gelang getah ada 2 version taw. satu minakoni yg korang hayun smbil nyanyi pastu lompat ler smpai habis lagu. hahaha. satu lagi x ingat nama dia apa. tp kena lompat getah ikut paras ketinggian. yg tinggi tu mmg advance lah kan. smpai 2 jengkal kepala pun dia boleh lepas lagi. Di usia akak yg dh mcmni, bila sesekali terkenang zaman kanak2 yg penuh keriangan bermain dgn bermacam2 jnis permainan ni mmg boleh buat akak tersenyum sendiri. dari situ akak buat perbezaan dgn kanak2 zaman kini. akak x pandang jauh. cukuplah pndang anak akak sndiri. Sekarang dah takde dah permainan2 seumpama zaman akak dulu. bdk2 skrg ni sume pun game alam maya. dari budak smpailah yg ke tua. ish3.....;p Sekadar utk kongsi rasa dan kenangan suatu waktu dulu je. akak gugelkan sikit2 yg termampu utk tatapan korang sume ye. jnis2 permainan yg mgkin ada di antara anak2 kita tak prnh dgr dan tak terbayang pun mcmana permainan2 ini dimainkan oleh kanak2 sezaman akak ni. layannnnzzzzz.... ![]() Ermmm, rasa2nya lah kan. game2 mcm kat atas ni klau kita perkenalkan semula pada ank2 kita mesti mendapat smbutan kan. tp dlm byk2 game kat atas ni kan. feveret game akak.......tetap game berangan2. hahahahaha..adoiii jgn ler hendaknya haziq menurun genetik ibu dia nih!! Labels: personal Suami isteri dan ..........
May 11, 2010 | Tuesday, May 11, 2010 | 14 comments
Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah? Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! ! Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje... Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi... Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja... INI YANG BEST NI Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya.... Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian .. JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN! Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit...... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... ... ... Sekian motivasi dari akak utk hari ini....;p Labels: info Kalau tak dpt hadiah hari ibu korang merajuk tak?
May 10, 2010 | Monday, May 10, 2010 | 2 comments
Tp serius akak tnya ni. soalan cepumas utk ibu2 dan bakal ibu. sbb ada yg smpai muncung2 taw, sbb ank n hubby tak wish or beli kek ke bagi hadiah ke. ermm merajuk ni best kan? bestlah klau ada yg pujuk kot...;p Ok sblum akak berceloteh pnjg, akak nk wish selamat hari ibu kepada ibu2 sekelian. wpun hari ibu semlm kan, tp blum terlambat sgt nk ucap happy mother's day ni rasanya. kerana bg akak hari2 pun hari ibu. ngeee. suka2 je nk rasa mcmtu. buleh je kan??....:p Menjawab kpd soalan yg akak tnya tu. sndiri tnya sendiri jwb. ok pe!!. ekekeke. ermm, bagi akak lah kan, hadiah ke ucapan ke, kek ke apa2 jelah yg berupa sambutan bersempena utk hari2 istimewa tertentu, bohonglah klau kita x gembira klau kita ni diraikan dan dihargai. sape2 pun mesti mmpunyai perasaan yg sama. tp takdelah smpai merajuk klau tak dpt hadiah tuk hr ibu tu. tp dulu2 masa baru kawen ada gak merajuk sbb x dpt adiah besdey. hahahaha. tu dulu okey, blum matang! hahahah. Cuma bila akak dh mula matang dan matured sikit. bukan tua ye. muahahahaha. akak mula lebih rasional dlm menghayati ucapan atau penghargaan yg berbentuk material dari pasangan ataupun anak2. Klau hubby x wish atau x bagi present, anak2 x ingat hari ibu atau x raikan utk kita. akak pasti bukan sbb hubby x cinta atau ank2 tak sayang kita. mgkin kdg2 dorang ni amik mudah ler kot. org lelaki x mcm kita org prempuan. sbbtu dorang pun tak merajuk klau kita pulak x ingat nk wish atau belikan apa2 pada besdey atau hari bapa utk dorang kan..;-) Yang penting, apa yg ada dlm hati. setia kasih sayang ikatan cinta dan kekeluargaan kan bukan bergantung semata2 pada hadiah atau pemberian kan. akak tringat kat mak2 zaman dulu2. manalah ada hari2 ibu ni kan. sambutan harijadi pun rasanya jauh sekali. tp tgk family dorang rukun bahagia jgk. ikatan kasih sayang suami isteri jugak alhamdulillah berkekalan smpai berpuluh2 tahun dan smpai ke hujung nyawa. Cuma zaman skrg dh berubah, mcm2 hari sambutan dh wujud demi menunjukkan penghargaan pada org tersayang. kot manalah tau kejap lagi ada hari isteri ke, hari suami ke, hari anak2 ke pulak kan...;p ermm makin ramailah yg muncung dan merajuk bila hari2 tersebut tak diraikan sebaiknya oleh pasangan dan ahli kluarga kot. hehehehe.. Bagi akak apa yg pntg sbnrya ikatan kasih sayang dlm hati tu lah kan. klau ada diraikan tu kita anggap jelah tu sbg satu bonus. yg pntg tak perlulah kot smpai nk merajuk2..;-) Utk hari ibu kali ni, akak dh cukup gembira kerana menerima ucapan dari ibu dari anak tersayang pada pukul 12.08 mlm semlm. hehehe. awal giler lah konon tu kan. takde hadiah pun. tp akak tau dia selalu sebut pasal hari ibu tu. takpe haziq, ibu taknak hadiah2 berupa material tu nak. klau nak hadiahkan ibu, cukuplah sekadar hadiahkan ibu doa, hadiahkan ibu kejayaan cemerlang dlm pelajaran dan kehidupanmu, hadiahkan ibu dgn menjadi ank yg solleh, hadiahkan ibu dgn ingatan, kasih sayang haziq yg tulus ikhlas berkekalan utk selamanya..ohh tetiba akak touching! Errm cuma akak tringat time haziq kecik2 dulu. ada sekali tu dia paksa ayah dia kot tuk belikan akak coklat ferrerro rocher tu. pastu konon2 sepraislah dia kasi kat akak. coklat tu mmg feveret dia dan akak. of koz lah kita hepi sgt2 bila ank ingat kita kan. dan sbb ingatan dia tu lebih bernilai dari apa yg dia beri tu. coklat tu kesemuanya akak kasi dia yg mkn blk. dan dia pun makan pulak tu. hahahaha. maklumlah masa tu dia kecik lagi. dah kita kasi dia pun makan lah kan. cuma setiap kali dia nk makan mesti dia ckp. ibu makanlah, haziq dh taknak. tp akak ckp takpe haziq makanlah. ibu tak suka coklat tu........... Haziq, kalau ada baca blog ibu nih. sok2 dah besar klau ada nk kasi seprais lagi kat ibu. takyahlah kasi2 cokelat ke ye. ibu tak kisah. lagipun coklat2 ni menggemukkan. ermmm, tp klau nk kasi jgk, kasiklah smart phone ke pda ke, kasi kereta pun ok gak. hahahaha. poyo punya mak! td kemain siap mntak doa je, tetiba lain pulak ye. hehehehe.. lalalalalalala...... Dan buat emak tersayang. selamat hari ibu. segala jasamu amat ku kenang. semoga sentiasa sihat dan bahagia. wpun kita jauh di mata tetapi sentiasa dekat dihati....i luv u mak!! Labels: family Bowling part 2!
May 7, 2010 | Friday, May 07, 2010 | 2 comments
2 hari lepas kan ada cite pasal betapa sedihnya akak sbb skill main bowling amatlah lemah. sbb terlalu sedih, tu yg x dpt nk smbung cite pasal bowling tu. hahahaha. ok2. kali ni takde dah cite sedih2. nk cite pulak kegumbiraan pabila kengkawan satu kepala dh berkumpul. meh layan gbr2 dulu....;p Dlm event invitation akak buat, tajuk event kemain gah. bowling tournament. pehh! org dengo mesti bygkan ada piala pusingan bagai kan. dan yg masuk pertandingan ni mesti lah pro2 punya bowler. Tp hakikat kebenaran nya, kah3. gelakkan je dulu. mmg juara lah kitaorg ni, juara L. muahahaha. tp ada sorang dua tu mmg boleh tahan terel gak wooo. caiyok sama dorang..;-) Apapun event2 dgn group mcmni mana yg prnh x best kan? klau dh berkumpul, berjumpa, bowling ntah ke mana lah jwbnya. asyik pot pet je keje masing2....;p Game start pkul 2pm. akak buh kat event 12.30 tghri. sbb biasa klau janji melayu ni klau letak gak pukul 2 harus pkul 4 bru smpai kan. ermm melayu jgk yg disalahkan bila sebut soal janji ni ye. huhu. akak klau pasal masa ni agak on time sikit..;-) so akak smpai sana pkul 12 sbb dh janji dgn naib pengerusi utk bantu dia sikit2. disbbkan ahad tu cuti dan sabtu tu adalah cuti umum hari pekerja, punyalah penuh basement park dia. smpai ke aras 6 pun 3 kali pusing nk carik parking. dugaan betul hrtu..huhu Wpun bowling ni asalnya utk alumni form 6 akak je, tp akak amik kesempatan gak ajak geng2 bas sekolah jaman akak kanak2 riang dulu. hik2! waktu form 1-3. oklah dia pun dpt dtg join. snggup turun dari pasir gudang semata nk jumpa kengkawan. sgt best! Mmg penat, sbb mlm tu akak nk terus blk segamat lah pulak kan. sbb isnin dh start sekolah. penat tp sgt seronok. penat ketawa, berborak dan bergbr. hehe. yg pntg mmg enjoylah! tp satu perkara akak musykil. erkk, kenapa lepas jumpa2 mcmtu tetiba jadi semakin rindu ye?? ermmm, cmne nih? lagi jumpa lagi rindu. ni yg nk plan utk next event pulak ni. next event punya planning, jom berpiknik!!! Labels: friends Bowling lah pulak!!
May 4, 2010 | Tuesday, May 04, 2010 | 2 comments
wknd semlm ni cutikan. so klau cuti mesti ramai pi bercuti2 kan. takpun blk2 kg ke kan. akak pun cmtu ler jgk. bila cuti berturut mcmni wpun 2 hari je, akak telah menggunakan kesempatan yg baik utk blk kg umah mak akak jgk. uols, ni dlm sejarah paling lama akak x blk umah mak tau. 2 bulan lamanya. mmg boleh masuk hari ini dlm sejarah lah. takpun boleh gak nak masukkan dlm history channel. ishhh start dah merapu2 bina ayat..;p kdg2 bila dh lama x menulis. idea yg kluar pun ntah mcm apa2 jer kan. ishh kenapalah akak skrg? dhlah taun ni mmg taun bz bg en MJ dan haziq. sabtu pun ada je hal. akak pun cam bz sama pulak. mcm takde masa je nk duk pikir2 nk kelentong apa dlm blog ni. wakakaka. takdelah, akak mana ada kelentong. sume cite2 dlm ni adalah ikhlas dan jujur dari hati akak dan segala cite adalah benar2 kejadian ye bukan cobaan. ekekekekek.. ehh, pjg dh intro akak ni. haa tulah dia, klau dh start menaip kang merapu2 payah pulak nk benti nyer. huhuh. berblk kepada tajuk penceritaan akak ni, akak nk cite pasal bowling sbnrnya ni. dlm byk2 sukan kan. akak suka dgn sukan bowling. eceh!! dan2 ni dlm sminggu dua ni tetiba mcm ketagih nk main bowling je. tido bowling, makan bowling, gossip bowling. hahahah. dah2..;p sblum ni tak heran pun dgn bowling2 ni. prnh masuk pusat bowling, prnh jgk tgk2 org main bowling. tp ikhlas x prnh try pegang bola bowling pun sblum ni. sedih kan..:( segalanya pasal bowling ni bermula dari program utk alumni akak lah. punyalah excited campur cuak campur saspen campur blurr. hahaha. bila naib presiden alumni bagi cadangan utk buat pertandingan bowling. tp sbb akak sporting, ecececeh! akak terus je stuju. dan bincang punya bincang akhirnya kami telah memilih 2hb 5 utk bowling tournament tu..;-) tp dlm keterujaan ittewwww, korang bygkan lah akak ni toksah katalah biasa main bowling kan. pegang bola dia pun x prnh. tak ke haru nanti? tp takpe, demi kengkawan terchenta akak gagahkan jua intai2 kat youtube cara2 bermain bowling disamping roger2 gak lah pada kwn2 yg pandai main tu. bagi akak lah kan, sbnrnya apa jenis sukan pun bergantung pada bakat lah jgk, sbb klau mmg takde bakat, ko prektis lah smpai sengal tgn pun, prektis lah smpai terseliuh jari pon, tetap ko takleh nk setanding shalin kan. hahaha. perbandingan x hengat2. dpd tak prnh pegang bola trus nk terer tahap shalin zulkifli. wakakakaka....;p tp kesimpulannya, akak mmg sengallah dlm sukan2 ni. ramai yg kata bowling tu senang je. ko leret je bola tu straight ikut anak panah tu, maka bola dgn chanteklah akan menghentam pinball2 yg tersusun indah tu. ermmm, ok akak faham cara2 nk baling tu. ye akak jgk berjaya mencuba utk leret bola tu straight ke ank panah tgh2 tu. tapiiiiiiiiiiiii, kenapa bila bola akak smpai je ke pinball2 tu, dia terus melencong ke kiri dan tetap menuju ke longkang??? why?? tell me why?? dan kekadg jgk bila akak dh hampir2 putus asa dan x kuasa nk memandang bola akak yg hampir2 nk masuk longkang tu, tetiba dia melencong ke tgh2 bola dan menyebabkan akak berjaya utk score strike??? hahahaha. mmg sgt konpius di situ. tp sgt sedih krn yg strike tu hanya sekali sahaja dan yg lain2 byk di saat2 nk smpai pin dia tetap memilih longkang utk destinasi terakhir dia. huhuh. sedih sgt nih. korang paham ke apa yg akak cite ni?? ekekeke oklah, dh lah dulu cite pasal bowling ni. sedih sgt, tak tertahan rasa di hati. ermm akak nk wat entri sambungan pasal bowling buleh tak? buleh lah ehh. sbb di sebalik cite kesedihan akak ttg keupayaan akak bermain bowling terselit seribu keindahan di masa pertandingan tu. ok, nantikan lah sambungannya yg ntah bila. hahahaha..ok2 akak cuba utk sambung seawal mgkin bersama gbr2 terhangat di pasaran. to be continued.........:p Labels: friends |