![]() ![]() ![]() ![]() |
Ramadhan oh Ramadhan
Jul 23, 2012 | Monday, July 23, 2012 | 2 comments
Sekejap je dah nak masuk 3 hari berpuasa. Dulu Mr. MJ selalu suka ingatkan akak,Rasa2lah puasa ni..nanti tau2 je dah raya... Belum terlambat jugak kot nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga tahun ni adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Diam tak diam sebenarnya masa sangat cepat berlalu. Macam rasa baru je menyambut raya tahun lepas. Tau2 je kejap lagi dah nak raya. Pastu kejap je dah bulan 12 dan kejap je dah tahun baru 2013. huhu Akak suka sangat bulan ramadhan sebenarnya sebab suasana dan rutin kita pun banyak berubah dari hari2 dan bulan2 yang lainnya. Selalu kita masak tengahari ni kita masak petang2. Selalu malam2 golek dan santai depan tv, ni ramai2 kita memeriahkan masjid dengan menjalani ibadat solat tarawikh insyaAllah dan banyak lagi juga rutin2 yang bakal menyusul selepas2 ini yang biasanya tidak kita lakukan di hari2 lain. Tahun ni akak sambut awal puasa di rumah sendiri je. Biasanya tahun2 lepas sambut puasa bersama family kat kampung. Takpe, tahun ni kita try sambut sendiri pulak. Lagipun akak dah berturut2 minggu dok balik kampung je ni. Orang kampung pun bosan kot kalau balik2 tengok muka akak je yang balik. haha Tahun ni azam bulan ramadhan kalau boleh nak kurangkan membeli kat bazaar ramadhan. Nak masak2 je. Ececeh, tetiba pulak semangat memasak berkobar2 time puasa ye. Masuk blog resepi sana sini, pehh!! macam2 resepi best dan nampak sedap sehingga buatkan akak rasa nak try semua resepi2 tu. Best2. Lepas ni nak try panggang ayam ala kenny rogers pulak. Harus tutup kenny rogers lepas ni..haha..:p
nyam3x..
Pastu buat pulak mashed potato, dan nak kenyang sikit masak nasik ala2 kenny rogers jugak. Aduhhhh.... Ok, takmo cerita panjang. Kejap lagi nak siap2 carik bahan. Jom pi giant jom! Selamat memasak dan selamat berbuka puasa pada semua.....;) Labels: family, menu, personal Cerita Cuti
Jul 17, 2012 | Tuesday, July 17, 2012 | 2 comments
Beberapa hari lepas ni agak bizi sikit. Maka blog pun sikit terabai. Harini agak lega sikit. Cuaca mendung, sejuk, berangin buatkan susah nak melepaskan bantal dan selimut pagi tadi. Namun perjuangan harus diteruskan. Kah3x..berjuang kebendanya lahhh!!Nak cerita pasal weekend semalam ni je. Haziq ada interview AFS 2nd stage di Quality Hotel, Shah Alam 14 & 15hb Julai lepas. So, akak pun mengambil kesempatan lah nak balik banting kan. Ngee..:D Kebetulan jugak cousin akak yang sedang study di US, balik bercuti sebulan sehingga raya ketiga. So, wajiblah planning macam2 program. Actually, lama dah plan ni sebelum dia balik lagi. Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni tidak perlu berbelanja membayar bill yang tinggi walaupun berhubung jarak yang sangat jauh. Skype kan ada!..;) Skype sana sini, plan itu ini, akhirnya...kata sepakat dicapai. Sabtu lepas akak hantar haziq ke hotel untuk mendaftar pada pukul 11 pagi, akak juga menghadiri taklimat untuk parents lebih kurang dalam sejam je rasanya. Sampai2 je kami dijemput breakfast oleh volunteer AFS. Wahh ada brekfes free rupanya. Hahaha. Perut pun tengah lapar kan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan...;p Siap briefing tengok jam baru pukul 12 tengahari. Janji dengan cousin akak nak berjimba2 ke Shah Alam petang, so masih terlalu awal ni. Nak balik banting pun sangatlah tak berbaloi, maka sunway piramid menjadi destinasi pilihan untuk cuci2 mata..;) Sale sana sini rupanya. Sabar..sabar. Dok urut2 dada je kerjanya sambil pegang henbeg kuat2. Tahan supaya wallet tak keluar. Haha..Alhamdulillah berjaya juga. Tahniah untuk diri sendiri! Eceh!!..:p Fikir2 nak lunch kat mana akhirnya kitaorg pi terjah fullhouse je lah.
Muka lapar..;p
Siap makan, ronda2, cuba2 last2 tak membeli satu apapun. Yeayy! Berjaya mengawal nafsu. Lebih kurang pukul 3 lebih makusu akak call suh tunggu je dia kat SACC Mall sebab cousin akak nak carik baju melayu dan sampin. Semangat nak beraya kat Malaysia tahun ni. Singgah solat di Masjid Shah Alam dulu, terus ke SACC dan kemudian ke syeksen 7 Shah Alam. Ibuk2 pulak mau sopink!
Namun.......akhirnya, akak tewas juga pabila sampai ke butik ariani di seksyen 7. Misi mencari tudung yang tak berapa dirancang sebenarnya. Bila tengok ada sale dan kaler tudung yang nak matching dengan baju raya pun ada terpaksalah sambar jugak kot. Pengalaman mengajar sebenarnya bila tahun lepas carik tudung last2 minit menjawablah bila tudung tak masuk langsung dengan kaler baju. huhuh..
Letih jugak dah rasanya bila dari pagi tak berhenti ke sana ke mari. Program malam lagilah menariks ni. Dimulakan dengan acara makan secara berjemaah di Restoren Putera Ayu, Padang Jawa. Dekat je sangat dah dengan seksen 7 tu kan.
Boleh tahan jugaklah rasa makanan kat sini. Harga pun ok, servis pun ok. Tomyam dia pekat akak suka. Makan sampai kenyang pun masih berlebih lagi. Tapi hero2 malaya ada ramai. Diaorang lah yang perabihkan lauk2 tu semua. hehe
Sepatutnya lepas makan2 ni, nak layan ice age 4 lah konon2nya. Tapi bila perut dah kenyang, kaki dan penat berjalan, mata pun apa lagi. Wayang atas katil je lah jawabnya kan. Terpaksa cancel plan nak tengok wayang. Siap makan, semua balik cahaya spk rumah pakcik akak untuk berehat dan bersantai2.
Adakah benar, kami balik dan berehat2??? Hanya akak dan cousin2 akak saja yang tahuuuuu..muahahahahaha..:p
Labels: entertainment, family, personal, shopping Senamrobik
Jul 12, 2012 | Thursday, July 12, 2012 | 1 comments
Minggu lepas dapat khidmat pesanan ringkas dari salah seorang cikgu STS menjemput untuk sama2 join senamrobik 1 murid 1 sukan jam 7.30 pagi.Hurmm menarik jugak ni. Mr Mj balik akak terus lah tanya. Laju je dia jawab. Aah memang ada..tapi tak masuk kepala lah benda2 macamni..lelaki2 macho nak suruh bersenam robik..takdenyalah.... Hahahaha. Ok, tak payah cakap pun memang dah taunya dah. Suruh dia masuk gelanggang pukul bulu tangkis memang laju lah dia. Tapi suruh senamrobik, rabak baju akak kalau mr mj sanggup buat. Kah3x..:p Punyalah semangat nak bersenam robik, saja je bagi mr mj jeles. Jelessss lah sangatttt! Sampai sekolah penuh dah padang dengan pelajar dan cikgu2 yang siap berpakaian sukan dan bersiap sedia masing2 dengan penuh semangat nak bersenam robik. Lebih2 lagi cikgu2 perempuan lah kan..;) Senamrobik ni diadakan serentak satu negara di setiap sekolah. Tepat pukul 8 pagi acara senamrobik pun dimulakan. Seronok jugaklah, bersenam sambil mengikut irama dan lagu. Boleh buat akak keluar peluh dan kaki sega2 jugaklah. Haha. Nampak sangat jarang bersenam kan. Semangat nak bersenam atau berjogging tu memang ada. Tapi kawan nak meneman tu takde. Bila nak buat sorang2 tu yang macam lemah semangat sikit. Nak join haziq dan mr mj jogging? Alamatnya dorang dah pusing balik 2 kali ulang alik pun akak tak sampai2 lagi..haha Risau gak ni, setiap kali berjumpa dengan kawan2 lama atau kawan2 lama tengok gambar2 terbaru akak mesti ada je yang menegur tentang betapa bolatsss nya akak sekarang. Huwaaaa..:(( Memang bolatss pun. Nak buat macammana, bukan takde niat nak slimkan badan tapi nafsu tekak tu susah nak dikawal. Tak macam muda2 dulu. Asal niat nak diet je mesti esok lusa dah buat. Ni niat nak diet dah dari 2 tahun lepas dah, sampai laa ni tak tercapai2 lagi. Adoilah!! Bukan nak kurus dan slim macam artis pun. Dapat kekalkan saiz dan bentuk asal macam sebelum2 ni je dah lah kan. Dapat pakai balik2 jeans yang masih elok tu. Seminggu lebih je lagi dah nak masuk bulan Ramadhan, dengan penuh pengharapan dapatlah kiranya berat badan ni berkurang sikit nanti ye!.. Ada siapa pernah cuba protein diet tak? Dengar kata protein diet ni bagus dan berkesan.... Udang Tempoyak
Jul 9, 2012 | Monday, July 09, 2012 | 1 comments
Ni cerita semalam.Plan nak masak dah lama jugak ni. Memandangkan ada stok durian yang dah tak termakan, maka akak memang suka buat tempoyak sendiri. Uols pandai makan ke? Ada yang tak boleh nak bau pun kan. Ada pulak yang durian bukan main feveret lagi pada dia, tapi tempoyak langsung dia tak sentuh. DURIAN BASI katanya. Erkkk!! Akak memang 'hantu' tempoyak. Haziq dalam pada cerewet banyak makanan sedap dia tak makan, boleh pulak tempoyak ni jadi feveret dia jugak. Cuma dia hanya makan tempoyak yang akak masak dengan udang. Lain menu tempoyak pun dia tolak tepi jugak. Akak pulak ko bagi je lah hape menu tempoyak, semua pasti licin. Juga enak dimakan begitu sajaaaa!. hehe Jadi, semalam tengahari akhirnya terlaksana juga plan nak masak udang tempoyak. Actually ada dua versi masakan udang tempoyak turun temurun family akak ni. Tapi sebab ikut tekak dan menu haziq dia suka yang versi bersantan. Satu lagi versi berlada dengan cili kering blander. Yang tu dah lama akak tak buat sebab siapa yang tak tahan pedas harus asyik ke toilet je lepas makan. haha. Nak resepi? Bahan2: Senang je kan? Tak payah susah2 nak blender bagai. Semua main hiris2, ketuk dan lebur. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!...;) Unplanned
Jul 6, 2012 | Friday, July 06, 2012 | 2 comments
Semenjak ada anak angkat ni, bertambah bizi pulak rasanya. So far, dah ada banyak jugak improvemant antara Tabby n Roxy. Dah boleh kejar2 dan saling mengekori satu sama lain walaupun masih ada batasan jarak. Dan pagi ni tadi nampaknya dah mula main cuit2 tangan. Tapi masing2 takut2 dan jual mahal lagi..;pOk, sebenarnya nak cerita pasal projek pagi selasa lepas yang tak dirancang(unplanned). Huhh! Cerita dah basi gak lah ni kan. Jumaat baru sempat nak masuk blog. Petang isnin time tengah asyik layan dejavuuu, sambil feeling2 nak panjat gunung kinabalu, tetiba sorang member akak wassap (whatsapp) akak Yuu huuu jaaa (trademark tuan punya badan), bz ke? esok bz? nak join potluck tak esok? Wahh potluck? Benda pertama yang terlintas dalam kepala akak adalah, apa nak masak ni ehh? barang2 basah belum carik lagi. Takpe2, akak pun reply wassap bincang itu ini, akhirnya akak membuat keputusan Ok, boleh jugak join..ija beli soto je lah ehh? pinggan, mangkuk, cawan polisterin ija bawak Setttttt. Janji jumpa kat Rock Garden pukul 8.30 pagi selasa. Gila piknik lagi. Bukan calang2 potluck ni, tak gempak lah kan potluck dalam rumah je. hahaha. Sebenarnya, potluck ni anjuran kelab srimas tak silap akak untuk isteri2 petronas. Tapi disebabkan akak jugak ada kenal dengan beberapa orang di antara mereka dan baik juga dengan mereka2 ini, maka akak pun dijemput sama. Segan jugak lah mula nya. Sebab tak masuk list pun ni. Hakak isteri che'gu jer. hik3x..;p Memandangkan yang turut serta join pun tak ramai sangat dalam 7 orang termasuk akak, so akak pun ok je lah. Pagi2 pun akak memang free je. Ok, masing2 bawak macam2 jenis makanan. Syiok layan makanan sambil bentang tikar kat taman. Next time boleh buat kat tempat lain pulak kot. Sessi fotografi adalah wajib bagi kami. hehe. Masih menunggu gambar2 cun dari fotografer sebenar kami. Tapi tetap jugak ada dari kami yang tak bertauliah ni. Tak sabar nak tunggu gambar dari kamera mahal. Akak guna henfon je. Guna henfon pun boleehhhhh!!..;p
Program makan2 memang sentiasa giat berjalan. Tertanya2 dan terfikir2 jugak ni, bila agaknya nak mulakan program sihat2 dan cergas2kan badan ye? Jogging2 yok!!! Badanku sudah semakin bam2 ni. Macammana lah nak feeling dejavu panjat gunung kinabalu cmni kannnn???? Labels: entertainment, friends, personal Anak angkat
Jul 4, 2012 | Wednesday, July 04, 2012 | 3 comments
Weekend lepas ni barulah berkesempatan nak balik ambik 'anak angkat' seperti yang dijanji. Itupun curik2 masa je sebab awalnya haziq ada camp SLB kat sekolah tapi sebab dah terlalu keletihan dengan mcm2 program berturut2 minggu, dia mintak kebenaran pengecualian menghadiri camp tersebut.So, akhirnya kami bertiga oppss!! berempat (termasuk tabby), bertolak balik banting petang jumaat lepas. Sampai rumah mak malam lah kan. Terasa sangat tak sabar dan teruja nak jumpa anak angkat baru. Appoinment dibuat pada ahad, jam 3 petang..;) Sabtu pulak ke damansara ada urusan sikit nak settled. Biasalah sempat je nak menyinggah2 mana2 kan. Disebabkan dah dekat dengan Bandar Utama, teruslah terjah 1 utama sat. Melalak sana sini dulu, alih2 mak call bagitau, makyam ajak datang rumah sebab dia buat makan2. So, malam ada bbq lagi. Best sangat. Makan..makan..makan..ish3x...:p Dipendekkan cerita haha, ahad pun tiba. Takkan balik rumah mandi, tido semua nak diblogkan pulak kan..p Pukul 3 lebih sampai rumah anak angkat kat Banting jugak. Berdebar2 rasa hati nak bersua muka. Ececeh! Bual2, makan2 kami pun bertolak balik dengan 3 ekor anak angkat. hihi..:p Tadaaaa!! Ye, inilah anak angkat bulusss akak. Tapi akak punya sekor je, yang paling kiri. 2 lagi tu kawan akak yang nak adopt. Sehari je akak bersama dengan tiga2 ekor ni. Meriah rumah akak. Sampai tak jadi semua kerja2 rumah dok mengadap dorang bertiga ni je. Macam2 telatah. Ada yang manja sangat, ada yang diam sangat ada yang sedang2 sajaaaaa..hehe Anak bulus akak ni sensiang dah bagi nama kat dia. Atas cadangan tuan yang asal, dia diberi nama Roxy. Roxy manja, baik, lemah lembut dan dengar kata lah juga dan juga suka bersuara. Jadi dia takde masalah nak menyesuaikan diri di tempat baru. Cumaaaa... Tabby.....aduhai, masih tak boleh menerima hakikat lagi. Niat akak ambik anak bulus baru pun nak bagi teman tabby tapi respon tabby sangat mendukacitakan. Semalaman dia taknak turun. Mula2 semalam lagi parah. Dia dah lah duk memerap je dalam bilik tido akak. Akak datang jumpa dia, layan dia, panggil dia macam dia ok je tapi bila akak peluk dia dah meronta sambil buat suara tak puas hati. Muka akak pun dia takmo pandang. huhu. Moody betul dia semalam. Mujur dah bawak ke petang, temperature dia agak turun sikit, bila haziq bawak je dia turun bawah letak dia kat living hall ni, dia duk jugaklah diam2 sambil memerhati je kat Roxy dengan muka yang sentiasa berwaspada. Harini, masih tak ok juga. Masih duk kat atas takmo turun2. Sesekali akak naik jengah dia, main2 dengan dia, cakap2 dengan dia, dia nampak lebih tenang. Try bawak turun bila dia nampak je Roxy dia gelisah semula. Asyik hissing je. huhu. Bilalah agaknya tabby nak ok dan boleh menerima kawan baru ni? Kesian kat dia dan roxy juga. Roxy ni macam nak sangat berkawan dengan tabby. Tabby yang jual mahal sikit. Tak rela nak berkongsi kasih sayang le agaknya tu..:p Dua hari kat sini, roxy pun dah menyesuaikan diri walaupun dia tinggal sensorang(sesekor) je. Sesekali nampak macam mencari2 jugak adik beradik dia yang lagi dua ekor tu. Sedih jugak akak tengok. Akak terus je panggil dia dan main2 dengan dia. Akak memang cepat tacing ok! Semalam pun dah tacing masa nak serahkan yang dua ekor ke tuan baru dia. Lagi2 yang sekor tu dah manja dengan akak malah dia yang paling manja. sob3x. Tapi syukur bila dengar dia jugak dah selesa bersama tuan barunya..:) Sekian, kisahku dan kucing........hehehe..;) Labels: interest, personal, pets |