|
Balik Kampung!
May 30, 2012 | Wednesday, May 30, 2012 | 6 comments
Alhamdulillah malam tadi lebih kurang pukul 7.45 dah sampai Banting rumah mak. Walaupun kat rumah takde sape, mak dengan bapak je tapi tak kisah lah. Jumaat ni baru semua berkumpul.Pagi ni Banting hujan. Sejuk je cuaca. Memang best dan perut pun apa lagi? Lapar je lah. Plan nak keluar jalan2 dgn adik mungkin esok je lah kot. Harini macam letih pulak sebab malam tadi baru sampai. Macamlah jauh sangat Segamat-Banting pun kan? 3 jam perjalanan je tu pun dengan pemanduan berhemah. Haha Ni kalau adik yang bongsu tak kerja memanglah best. Ada gak teman nak bergelak ketawa buat bising dalam rumah ni. Bila takde kureng lah sikit. Lama pulak nak tunggu dia balik Jumaat ni. huhu Hari ni hari rehat sedunia. Mak pagi2 lagi dah cakap.. Harini kita tak payah masak lah ye..penat kan..apa kata kita beli lauk je? Kita beli ikan bakar dan lauk2 lain apa2 lah..kita borak2 je harini lagi best! Pehh! Kita yang travel mak pulak yang penat ehh? haha. Tapi tak kesahlah. Best gak tak payah masak. Dah lah mak dengan bapak yang pegi kedai beli lauk. Tinggal kasi duit je. Nasik pun dah dalam rice cooker tengah masak. Mak balik tinggal makan je. Memang heaven lah kan! Start esok sampai ahad jadual dah mula penuh. Nanti kalau sempat update lagi! Kalau tak penat lah. Kalau tak memang bersarang lah berhari2. hehe Monday Blues
May 29, 2012 | Tuesday, May 29, 2012 | 1 comments
Pagi tadi sepatutnya plan asal, akak akan ke hutan lagenda lagi bersama kawan akak yang juga merupakan cikgu sekolah yang sama tempat mr mj akak mengajar. Tapi disebabkan tiba2 beberapa program telah berubah, maka akak kansel untuk ke hutan lagenda buat hari ketiga. Lagi2 semalam akak dah ke sana bersama seorang kawan yang lain. Berapa banyak kawan daaaaa!!Esok petang insyaAllah akak akan bertolak balik ke banting. Balik kampung ooooo balik kampung, hati giraaaang lalalalala. Jadi, kesempatan yang ada harini (isnin) akak plan keluar brunch dengan kawan2. Lagipun, akak masih sensorang kat rumah kan. Siap kemas rumah, basuh baju dalam pukul 10 baru akak keluar. Pi coffee corner pekena kuey tiaw kungfu dia. Rasa dia ok2 je lah. Tak sedap sangat tapi boleh lah kalau rasa nak makan lagi..;) Disebabkan semua urusan kerja rumah dah selesai maka masing2 pun mulalah merancang nak pergi meronda2 dan berjalan2 pulak. One Segamat, satu2nya shopping mall yang baru dibuka di Segamat yang terletak bersebalahn dengan Stesyen Bas Segamat dan berhampiran dengan Stesyen Keratapi. Itupun masih belum secara rasmi dbuka. Tapi banyak juga kedai dah mula dibuka. Dengar cerita 1hb Jun nanti baru pembukaan rasmi One Segamat. Oklah kot, ada lah feel seakan2 berada di jusco bukit tinggi hehe. Hello2 mr mj dalam pukul 12 lebih, dia bagitau budak2 pun belum bertolak balik lagi sebab bas pun belum sampai. So green light lah kan untuk berjalan2 secara senang hati. Banyak kedai kitaorg masuk, dari kedai henfon, butik baju, kedai alatan komputer dan last sekali disebabkan kehausan, kita layan cool blog dulu. Alhamdulillah legaaa.. Akak lupa pulak nak snap gambar one segamat tu. Cuma ada dua gambar je posing2 dalam kedai. haha tu pun ehsan kawan akak. Posing adalah wajib kot kalau dah keluar bertiga macamni. Layan je lah ehh. Cekidauuuuuut!!
alompak agogo...hahaha..:p
Labels: entertainment, friends, personal Alamat tiada dalam sistem
May 28, 2012 | Monday, May 28, 2012 | 3 comments
Bangun pagi dan laksanakan rutin harian mcm biasa. Sampai ke pukul 11 perut mula terasa lapar. Saja tak ambik breakfast lagi, tambah2 bila tinggal sensorang ni. Walaupun bosan sensorang kat rumah, takde lah sampai mandi tak basah, tidur tak lena ye. Yang pasti makan yang tak kenyang2. hahaTerfikir2 nak lunch apa tengahari tadi dan kalau boleh beli sekali untuk makan malam. Tak payah banyak kali keluar. Tetiba terus tekak mengada menjerit2 mintak dominos pizza. Memang gatal betul tekak ni. Ingat kot takde selera ke bila kena tinggal sorang, alih2 kemain nak pizza bagai lah pulak ye. Nak ke tak nak, tak nak ke nak, nak lah, nak, nak, nak. hahaha. Terus lelaju bukak dominos online. Wah festaim ni try nak order online. Biasa nak makan gi je lah kedai. Ni sorang2 kot pelik pulak layan dominos single2 trang tang tang dalam kedai kan. Lagipun kan plan nak beli sekali untuk makan malam, so delivery lah yang terbaek kan. Ok, biasalah bila deal dengan benda2 online semua pun kena register dulu kan. So bila time masukkan alamat je, terus dia keluar.. Your address is not found in the system... What the??? Macamana pulak boleh takde dalam system ni. Ok takpe2, apa2 try calling2 dulu lah tanya macamana kan. So call 1300-888-333, konfiden gila terus je ckp dan pilih menu. haha. Tak semudah itu juga ye, sebab pastinya dia juga akan bertanyakan alamat rumah kita. Dah nama pun delivery kan. Dengan konfiden jugak akak bagi full address siap poskod lagi. Alih2.. Maaf cik, alamat cik tiada dalam sistem kami. Jadi kami tak dapat nak buat delivery ke rumah cik ye. Maaf sekali lagi.. Adoilah, rumah akak kat kawasan pedalaman ke dominos oii? Kalau jalan kaki pun dari rumah akak ke kedai dalam setengah jam kot boleh sampai. Delivery naik motor tu rempit dlm 10 minit dah boleh sampai pun. Tak puas hati betullah! Yang lagi jauh2 dah merasa dominos delivery ni. Akak yang dekat jugaklah dengan bandar ni boleh dia kata address takde dalam sistem! Fikir punya fikir baru lah terfikir. Akak pernah try gatal2 main gugel maps dan gps. Serius baru teringat, dalam satelit maps pun taman sutera ni seolah2 tak wujud. Tapi kawasan perumahan dan rumah akak ada dalam satelit tu. Bila search nama taman dia keluar nama taman lain. Memang pelik tapi takdelah ambik port sangat pun kan. So tadi, ada jiran akak komen di facebook (biasalah pebenda tak puas hati memang lah hapdet status je kan) bagitau benda yang sama. Sah lah kan segala syak wasangka cintaku ittewww. Macamana ehh taman perumahan tak dapat dikesan oleh satelit? apa yang perlu dilakukan? kat mana nak report? ada ke cara nak bagi satelit tu tahu yang nama taman akak ni sebenarnya taman sutera bukannya taman sri wajar seperti dalam satelit maps itu? Haishh sampai sekarang tak puas hati lagi ni. Lagi2 ada yang suruh alihkan rumah ke tengah2 bandar lah apa lah. hahaha. Tak membantu langsung ok!..:p Ada gak rasa macam nak pegi je dominos slow talk dengan mamat hantar pizza tu dan cakap je, Macamni lah dek! Jom ikut akak balik, akak tunjukkan jalan ke taman sutera 2. OK? Sudahnya tengahari tadi disebabkan merajuk dengan dominos, terus selera italian terbantut. Start kereta gi je kedai soto, tapau soto bihun 2 bungkus. Habis cerita!! Labels: personal Bila tinggal sorang
May 26, 2012 | Saturday, May 26, 2012 | 0 comments
Salam Sabtu..Uwaaaaa, boringnya rasa bila tinggal sorang2 ni. Macam tak biasa sorang2 lah pulak kan? Dalam liang lahad pun sorang2 jugak nanti. huhu Biasanya walaupun pagi tinggal sensorang, tengahari hero2 berdua dah balik ke rumah. Jadi takdelah bosan sangat kan. Kalau tengahari tak balik rumah pun, sebelum maghrib dah sampai rumah. Lewat2 pun malam pasti dah ada di rumah. Tapi ni disebabkan mereka berdua itu menyertai camping, maka kenalah tinggal bersendirian hanya ditemani kucing kesayangan sehingga esok lusa. Time ni jugaklah semua kengkawan ada macam2 urusan. Nama lagi weekend ye tak? Apapun, tengahari ni mujur ada jugak teman yg sudi untuk menemani lunch nanti. Thanks Eida! Pukul 12 baru janji tunggu depan pintu kedai. Kita tengok siapa yang tunggu siapa nanti. haha. Perut pun dah start berkeroncong dan berdangdut. Saja tak ambik breakfast sebab plan nak lunch awal. Bagi akak pukul 12 lunch tu awal ye, sebab akak biasa lunch dalam pukul 3 gituu. Kononnya nak merangkap dinner, tapi selalunya terperangkap gak dengan godaan tekak. Apapuntakbole! Plan esok dengan kengkawan juga terpaksa dirombak. Sedihnya, dah happening2 plan best2. Tapi ye lah, kita hanya mampu merancang kan. Urusan secara tiba2 ni mana lah boleh dapat nak elakkan. Takpe, tu namanya takde rezeki. Bestfen yang biasa plan baik2 time camping ni pun tahun ni tak dapat join sebab ada jemputan kawin. So, memang plan banyak sudah lari. Akak gak yang tak boleh lari kena duk diam2 je kat sini. haha. Kalau rumah mak dekat memang dah lari balik je ni. Cepatlah hari selasa, tak sabar nak balik sana..;) Oklah, nak bersiap2. Cancicauuuuu.....
alololo..sedih je muka dia..huhu
Labels: personal Malam
| Saturday, May 26, 2012 | 0 comments
Jam menunjukkan pukul 12.57 malam. Bukan belum mengantuk, cuma sambil melayan mata tergerak hati nak buat entry menggunakan talipon bijak (smartphone) hehe. Begitu zaman berkembang pesat, teknologi juga laju ke depan meninggalkan kita. Zaman dah banyak berubah. Dulu takde kemudahan semua ni. Sekarang bukan sekadar di hujung jari tapi dah hampir nak melekap di depan mata. Haha. Lagi2 waktu menaip entry ni sambil berbaring2 di bantal dan tilam empuk serta di sisi ditemani penghawa dingin yang bersuhu 16 darjah celcius. Gegege.. Oh! Nyaman sekali..;) Malam2 macamni rasanya ramai yang dah dibuai mimpi. Atau adakah malam masih muda? Esok sabtu ramai yang bercuti rasanya. So apa plan menarik? Teringat pulak kisah di suatu malam di bandar sibuk hiruk dan pikuk di Johor Bahru. Waktu malam selewat begini sangat tak terasa sehingga tidur pun terganggu dengan bunyi riuh seperti ramai orang sedang berpesta. Kenangan semalam di Pantai Lido, Setulang Laut. Teringat juga ketika itu akak diajak turun ke bawah(rumah flat) untuk menikmati roti prata. Masa tu jakun gila sebab tak tau roti prata tu apa, rupanya roti canai. Haha. Malunya lah.. Seronoknya kerana bakal mengulangi kemeriahan bersama saudara mara dalam lebih kurang 2 minggu lagi kerana akak akan ke sana lagi jika tiada aral yang mendatang. Pasti lagi meriah sebab akan berlangsungnya majlis perkahwinan kezen akak yang sangat comel..;) Pasti akan ada update menyusul bila tiba waktunya nanti insyaAllah.. Ok, masa sudah time. Nite2 semua. Salam sayang dari kejauhan. Mimpi indah2 ye!..:)
Published with Blogger-droid v2.0.4 Hujan Rahmat
May 25, 2012 | Friday, May 25, 2012 | 2 comments
Alhamdulillah hari bumi Segamat dibasahi hujan rahmat lagi setelah beberapa hari panas sepanjang hari. Akak sangat suka cuaca selepas hujan lagi2 kalau yang basah2 dan mendung2 tu. Adakah itu bermakna akak perlu berhijrah ke mana2 negara 4 musim? (sangat tak relevan ok!) haha..:pBila hujan dari awal pagi, mulalah perut pun berdondang sayang. Macam2 masuk dalam kepala silih berganti. Kejap datang soto, kejap datang mee rebus, kejap datang nasik lemak sotong. Dan akhirnya, akak berjaya menepis segala godaan2 tekak itu. Kononlah kan! Dah semua plan dating tak menjadi harini boleh lah menahan godaan. Ye la, kita kan hanya mampu merancang. Ececeh! Plan dating pagi ni terpaksa di postpone atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Tapi, insyaAllah akan dilaksanakan juga pada ahad ni. Date dengan siapa pula dan di mana? Tungguu. Macam ada yang kesah! haha Harini hari last persekolahan bagi penggal pertama. Esok budak2 sekolah dah mula bercuti. Weeee! Mesti masing2 tak sabar nak cuti lagi2 masing2 baru lepas menahan stress dan depress menjalani exam. Akak pun macam yippieee! esok cuti. Tapi opssss! tungguuu, hero berdua kat rumah ni masih belum bercuti. Esok hingga isnin dorang kena bercamping pula di gunung ledang. Ada aktiviti panjat gunung lagi. Best! Akak join ke? Bukan taknak, memang nak sangat. Ni bukan nak bagi alasan, bukan alasan tau, sama sekali bukan. Cuma taknak menyusahkan orang je nanti. Kot katalah akak mampu menghabiskan pendakian pun, takut tak mampu nak meneruskan 'penurunan' pulak je nanti. Haa kan? Sape yang susah nanti? Bukankah mereka dan keluarga mereka juga kannnnnn...:p Mudah2an esok, lusa dan seterusnya hari isnin cuaca baik dan cantik. Kesian nanti budak2 yang nak bercamping kalau hujan. Dan akak juga akan menyebok2 untuk tolong kepoh2 di sana walaupun akak tak panjat gunung..;) Nantikan update pasal tu nanti! Sekian.. Labels: personal Kenangan terindah
| Friday, May 25, 2012 | 6 comments
Bila ada waktu terluang, memang digunakan sebaiknya untuk blogwalking ke blog2 pilihan. Seronok membaca berbagai2 kisah kehidupan, luahan rasa, info berguna tak kurang juga gossip2 terhangat artis2. HehePada waktu terluang juga, akak rajin membelek2 template pilihan hati dan ketika itulah kenangan lama datang silih berganti. Teringat zaman2 berhantunya melayan template2 bermula dari myspace sehinggalah berpindah ke blogger ini. Di awal pembabitan akak dalam bidang blog ini, akak banyak dipengaruhi oleh seorang kawan alam maya yang banyak mengajar dan juga sedikit sebanyak memberi inspirasi dengan idea2 kreatif beliau. Akak sangat kagum dengan kebolehan eya. Seorang yang dilahirkan penuh dengan idea2 kreatif untuk mendesign yang pastinya tiada pada akak. Kebolehan semulajadi anugerahNya yang tak ternilai tak boleh ditukar ganti juga dipelajari. Maka tak hairanlah kini, eya telah pun menjalankan perniagaan online untuk mendesign bisnesscard dan macam2 lagi. Boleh jalan2 ke sini. Rindunya zaman dulu2. Sewaktu sama2 menggilai template sehingga sanggup seharian suntuk mengadap kod2 html yang memeningkan kepala. Ada kalanya kami berdua bergayut sehingga larut malam berbincang mengenai template2 bila ketika apa yang dibuat tak seperti yang dihajati. Bila ingat2 balik kelakar pun ada. Bila kejap2 silih berganti antara akak dan dia, cuba tgk template aku kak, header aku ok ke tak? center ke tak? haa!! senget?? alamak, cmne ni??..hahaha Kadang2 rakan yang kita kenal hanya di alam maya juga akhirnya boleh menjadi antara teman yang sangat memahami minat dan cara kita. Tu la antara kesan positf bila kita aktif di laman2 sosial atau apa sahaja yang seumpamanya. Kini, eya sangat sibuk dengan urusan bisness untuk menyiapkan design2 yang ditempah pelanggan. Akak tumpang sangat2 berbangga dengan apa yang eya ceburi sekarang. Selamat maju jaya buat eya sahabat alam maya (pssst..sebenarnya kami dah pernah berjumpa sekali). Semoga eya terus berjaya. Terima kasih kerana selalu memberi semangat pada akak ye!..;) Segala kenangan terindah akan terus mekar diingatan akak sampai bila2. Ecececeh!!..;p Labels: friends, interest, personal Yang rahsia biarlah rahsia..
May 23, 2012 | Wednesday, May 23, 2012 | 3 comments
Malam tadi seperti biasa sesi santai2 depan tivi sambil nonton muvi memang heaven sekali, hihi.Tertarik dengan kata2 dalam muvi The Resident yang disiarkan di astro malam tadi, lebih kurang macamni lah bunyiknya, 'saya tak suka bermesej dan bertwitter kerana bagi saya rahsia itu biarlah rahsia' Betul jugak bila difikir dalam2 maksud kata2 kat atas tu. Biasanya twitter, facebook atau apa saja jenis laman sosial ni sememangnya tempat kita untuk meluah segala isi hati. Dah nama pun lama sosial kita, sukahati lah kan nak kongsi apa pun kat situ. Cuma ada kalanya kita terlepas pandang kemungkinan kita juga telah berkongsi rahsia yang tidak sepatutnya kita kongsi kepada umum. Kita adalah apa yang kita tulis. Tak kot, sebab kadang2 apa yang kita tulis tak semestinya itu yang sebenarnya lahir dari hati kita. Apa tujuan kita menulis? Kalau sekadar untuk membuktikan sesuatu atau sekadar melakonkan sesuatu atau sekadar menyembunyikan sesuatu, sudah pasti siapa kita sebenar tak dapat dinilai dari apa yang kita tulis. Kita mungkin boleh update status di laman sosial, saya sangat gembira harini, padahal hakikat sebenar ketika menulis status itu, kita sedang menangis meraung2 pun tiada siapa yang tau kan? Jadi, segalanya terletak di tangan kita bagaimana kita mengawal dan menghadkan apa yang perlu dan tidak perlu untuk dikongsi di laman2 sosial kita. Ada orang memang sangat selesa untuk berkongsi apa sahaja di sana sehinggakan untuk berinteraksi dengan suami di sebelah pun dia gunakan laman sosial dinding ke dinding. Kadang2 sangat sweet kita baca, tapi kalau dah status begitu hampir memenuhi ruang rumah kita bosan jugak nak baca kan. Kalau status yang indah2 saja takpe lah juga, ni ada juga yang berperang suami isteri pun dia gunakan laman social sebagai perantara. Sehingga terfikir juga dalam hati, ni betul2 gaduh ke atau saja seronok2 bagi dinding dia panas? Kita yang dah terbaca ni mungkin ingat berialah dia bergaduh ye, alih2 nanti ada je elok kita jumpa dorang tgh layan cool blog sambil pekena nasi ayam penyet kan..haha Akak bagaimana? Siapa fren akak di mana2 laman sosial akak boleh tau kot akak ni macammana. Kebanyakan status akak adalah umum, status semasa dan ada juga sesekali status berkongsi rasa hati. Akak mungkin jenis yang tak suka berkongsi kemarahan, ketidakpuashatian atau apa sahaja yang berunsur negatif dalam laman sosial akak. Bukan apa, takut timbul lagi banyak salah sangka. Akak bukan seorang pemendam rasa tapi akak lebih pilih cara bersemuka faca to face atau ear to ear (calling2 lah maknanya tu) dengan orang yang akak percaya untuk berkongsi rasa2 yang berunsur negatif ini. Akak lebih suka untuk berkongsi hanya perasaan gembira akak di laman sosial. Rasanya perasaan gembira akan melahirkan aura yang positif juga pada kawan2 kita yang membaca. Bohong juga kalau dalam kehidupan ni kita tidak pernah diduga dengan sesuatu yang buat hati benar2 pedih dan sedih. Akak lebih pilih untuk diam di laman sosial sewaktu akak dilanda perasaan yang sebegitu. Cuma sesekali terlepas juga. Akak juga bukan manusia sempurna. Bila rasa sedih dan pedih ketika itu tak dapat nak dikongsi dan diluahkan dengan sesiapa maka laman sosial lah yang menjadi tempatnya. Tu pun sedaya upaya cuba menapis dari terlepas apa yang tidak patut untuk diluahkan. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya. Jadi, sendiri mau ingat ler! Apapun, semua ni terpulang pada empunya diri laman sosial masing2 lah kan. Pilihan ditangan anda kerana itu adalah hak anda. Cuma adalah lebih baik kiranya kita berfikir dahulu sebelum berkongsi apa yang kita rasa terutama perasaan yang negatif kerana ada kalanya ia akan lebih mendatangkan kesan buruk pada diri kita sendiri. Kita adalah apa yang kita fikir. Berusaha untuk penuhkan diri dengan perasaan positif supaya kita dapat melahirkan aura yang positif juga untuk orang2 yang berada di sekeliling kita, insyaAllah..:) Nak sofa baru!!
May 21, 2012 | Monday, May 21, 2012 | 4 comments
Amboi kak nam, asal nak raya je mulalah nak macam2 ye? Nak langsir baru lah, meja baru lah, kusyen baru lah, sofa baru lah. Tu kak nam ok! Bukan akak..;)Diam tak diam tak lama je lagi sebenarnya dah nak menjelang bulan Ramadhan. Pada yang belum habis ganti puasa tu, sendiri mau ingat lah ye! Pejam celik tau2 je nanti dah hari raya. Asal sebut pasal raya je biasa lah kaum2 ibu ni terus lah teringat2 kan perabot dalam rumah kot. Meja kukuh lagi tak, tv dah cukup nipis ke tak, karpet tenggelam kaki ke tak dan macam2 lagi lah. Lagi2 pulak baru lepas 'terserempak' jiran sebelah kak jenab kat courts mammoth. Sah! tahun ni dia kalau tak sofa baru mesti tv baru. Hahaha. Senario umpama ini sering kita tengok dalam drama2 melayu lah kan. Dalam dunia sebenar ada lagi ke spesis yang macamni? Mungkin ada jugak kot. Akak? Bohonglah kalau kata tak suka ada barang atau perabot baru kann. Tapi siapa kenal rapat dengan akak dia akan tau akak 'spesis' yang bagaimana..;) Akak agak cerewet bila masuk bab beli barang2 rumah. Hanya beli bila jumpa yang betul2 berkenan. Mahal sikit akak tak kisah asalkan masih dalam kemampuan. Dapat yang murah dan berkenan lagi dialu2kan. Hehe. Akak tak biasa dengan prinsip janji ada. Jadi kerana itu, barang2 dalam rumah akak jarang sekali yang hanya bertahan untuk setahun dua. Kurang2 makan masa 4, 5 tahun, pendek cerita selagi masih elok akak memang tak tukar baru. Tak kiralah nak raya atau apa. Selamatlah mr mj kannnnn..;p Tak percaya akak macamtu? Meh tengok bahan bukti. hahaha..
Model yang berposing pada bahan bukti
Ok, perlu ke sofa baru? Tak kot, so mana nak tempah kat sini ye? Bila nak ke kedai cari kain pun tak tau lagi ni. Ni rasanya kalau orang lain dah lama ganti baru kot. Baru kini rasa kesan buruk bila beli sofa fabric ni. Lama2 dia akan mereput lagi2 bila kita letak dia di tempat yang mudah terkena cahaya dan panas matahari. Tapi ni pun setelah hampir 6 ke 7 tahun akak beli. Dari start beli tak pernah tukar cuma bukak dan basuh je. Berbaloi2 lah kan..;)
Sila jangan salahkan tabby juga di atas kejadian yang menimpa sofa akak tu ye. Tabby langsung tak bersalah tau. Tapi ramai jugak yang menyangka semua tu angkara tabby. Kena hengatlah, kalau dah 'ibu' tabby yang dah seberat ini dok memanjat sofa yang dah berusia emas ittewwww, haaa tu lah jadinya kannnn. Huhuhu..:p
Sekian, cerita tentang sofa. Ke ada sesapa yang baik hati nak sponsor sofa baru? muahahahaha..;p
Labels: family, home, personal Exam dan Weekend
May 19, 2012 | Saturday, May 19, 2012 | 2 comments
Salam Sabtu.Panas betul cuaca, best untuk sidai baju tapi tak best untuk buat aktiviti luar. Dah agak lama juga cuaca panas melanda Segamat rasanya. Mudah2an turun hujan rahmat bagi membasahi dan menyejukkan sedikit bumi 'Segar Amat' ini. Weekend ni tak kemana, berjalan2 pun tak balik kampung lagi lah tidak. Bila minggu exam macamni lah. Lebih selesa duduk kat rumah je bagi membolehkan haziq lebih fokus untuk buat last revision. Tahun 2012 ni peperiksaan pertengahan tahun adalah setara bagi seluruh negeri Johor. Jadi soalan peperiksaan adalah sama bagi setiap sekolah. Dan selepas beberapa kertas dijawab nampak gaya maklum balas kurang memberangsangkan. Ramai pelajar mengeluh soalan boleh tahan susah. Takpelah kot, ni cuma exam pertengahan tahun je. Biasa2 kan jawab soalan susah dulu. Esok exam PMR sebenar dah tak terkejut kalau soalan yang keluar 'tough'juga kannn..;)
cmnilah atas meja bila time exam..habis dinning table jadi meja study..2 in 1..hehe..opss! kerusi pun sama..:))
Arghhhhh (jerit ala2 ayu lagi sopan), kenapa lah ada gambar yang akak upload dia duk menegak je ye? puas melintang kan dia, bila masuk je kat sini jadi menegak balik. Tensi mak nak!!
Lupakan cerita gambar melintang menegak, sambung balik cerita exam ni lah. Sempena cuti2 di rumah, harini masak lauk feveret haziq, lemak kuning cili api ayam dan pucuk paku masak lemak. Haaa hamik, hero2 kat rumah ni memang gila dengan masak lemak. Kalau nak tengok diaorg makan bertambah2 dan berkali2 masaklah lemak. Apa jenis menu yang ada santan memang feveret dorang berdua. Akak kurang sebenarnya dengan santan2 ni, tapi demi mereka berdua, setia kukorbankannnn. Erkkk! setia pada asam pedas ok! Tu feveret akak. Takpun ikan berlada dan semua masakan sambal dan pedas2. Tapi bila masak lauk tu hero berdua pulak alahai slow je bila suruh makan.
Exam ada lagi seminggu. Lepas tu cuti sekolah. Tak sabar nak balik banting. Macam biasa jadual dah penuh. Tak sabar nak buat macam2 ni dan nak pergi jalan2. Maka bersedia je lah poketku akan koyak. Huk3..;p
Labels: family, home, personal Busy Dating..:p
May 17, 2012 | Thursday, May 17, 2012 | 1 comments
Fuh, harini agak busy.Member call semalam ajak keluar breakfast pagi ni. Kebetulan nak ambik haziq balik awal, so akak on je lah. Kali ni ramai pulak yang join breakfast. Bertambah meriahlah suasana kat kedai kan. Harini juga berkenalan dengan dua orang kawan baru. Alhamdulillah, terjalin lagi satu ukhuwah..:)
Salam kenal kak faz..:)
Akak ni jenis cepat mesra. Walaupun baru kenal sehari dah macam kenal bertahun. Nak kata peramah sangat pun tak jugaklah. Tapi mungkin jenis yang cepat je masuk dengan orang baru. Kalau orang suka nak berkawan dengan kita, kecik tapak tangan satu kipmart akak tadahkan. hahaha..
betul2 open table..
Masing2 ada urusan awal so takdelah duk berbual lama2 kat kedai. Akak pun dah janji dengan haziq nak ambil dia awal balik dari sekolah. Esok dah start exam paper wajib. Tu yang budak2 tak sabar2 nak balik rumah nak study lah konon2nya. Pukul 10 akak dah menepek depan sekolah haziq. Tapi tunggu dalam kereta je. Cuaca memang panas. Berpeluh2 menunggu dalam kereta.
kalau kulit gebu semacam ni confirmlah edit..haha..:p
Pukul 10.30 sampai rumah. Sidai kain, terus je lelaju masak kat dapur. Masak simple2 je harini. Sebab mr mj dah sms awal2. Nanti abang balik ada bungkuskan nasi beryani. Dorang kata sedap. Wahh terharu sbb ingat jugak nak bawak balik bagi anak bini rasa. Tq lalink..
Siap masak dan kemas, terus pi umah kawan. Dia call masa on d way balik rumah tadi. Nak jumpa sangat katanya. Husband kawan akak pun kebetulan ada game kat luar so tak balik tengahari tu. Lepas zohor dan makan kami date di secret recipe pula. Ingat nak privacy sebab biasanya takde orang. Alih2 hari ni ramai pulak orang. Celebrate hari guru kot?
saja kasi teleng tengok gambar ni..:p
Masa order tak beringat. Bila nak habiskan baru terkulat2. Selesai sesi berbual mesra dan sesi meluah perasaan kami pun balik.
Malam mr mj siap2 terus ajak keluar. So lelaju je siap2. Time untuk date dengan lalink lah pulak kan. Haziq takmo ikut study lagi katanya. So masa untuk berdua bersama beringan mesra. Ececeh. Gi mana pulak tu??
Candle light dinner?? Hurmmm, date kat nirwana okey! Gi beli barang2 dapur..hahaha..:p
Pukul 10 sampai rumah. Barulah terasa letih badan. Tapi macam rasa bersalah dengan blog sebab seharian tak sempat jengah dia lagi. Boleh gitteeew???
Maka, terjadilah entry ni.......;))
Labels: entertainment, friends, personal Kalau dah jodoh tak kemana..
May 14, 2012 | Monday, May 14, 2012 | 1 comments
Jumaat lepas tiba2 macam rasa nak pekena roti bakar. So set up a date dengan sorang member akak ni. Disebabkan dia kerja so date kenalah lepas dia balik keje. Dalam pukul 5 lebih macamtu dia datang ambik akak kat rumah. Manja ok akak ni dengan kengkawan, nak date pun orang jemput...:pPetang tu, mr mj dgn haziq pun takdak rumah. Haziq ada kelas tambahan so mr mj lepak sekolah sementara tunggu haziq balik. Cuaca pulak mendung tu yang tekak pun mulalah merancang macam2. Kali ni kitaorg pi terjah nanyang siang pau. Ehh?? apa ke halnya nak ke kilang suratkabar nak pekena roti bakar ni? Nanyang kopitiam sebenarnya okeyyyy..;)
ni bukan di hospital ye walaupun akak date dengan seorang nurse..;p
Sampai sana je tetiba macam. Ehhhh, macam kenal lah! Laaaa rupanya ada pulak 2 orang member yang akak selalu date pun ada kat situ jugak. See, ni laa yang dikatakan kalau dah jodoh tak kemana. kannn. So, apa lagi terus lah open table. Tapi dorang punya order dah sampai pun. Akak dengan member akak yang baru datang ni tinggal duk semeja je dengan dorang bedua. Tengok diaorang layan nasik sedap jugak. Oh, tapi tak boleh coz malam ada date dgn che abg pulak. Mau sebu perut nanti kan.. Last2 akak tak jadi pun order roti bakar. Poyo je kan. Atas cadangan member akak sorang ni, akak pun lupa apa nama menu tu. haha. Dia macam rupa jemput2 je gamaknya. Cuma isi dia agak basah dan ada sotong. Sedap jugaklah. Tapi lupa pulak nak snap gambar. Kadang2 kalau dah jumpa ramai2 macamni, tak ingat apa dah. Gelak ketawa beramah mesra je sampai lupa nak buat semua benda.
pose beramai2 jugak yang tak pernah lupa
Santai sangat kan? Siap ada yang bersila dah tu. Dah macam rumah sendiri je kannnn. Hehehe.
Labels: friends Selamat Hari Ibu!
May 13, 2012 | Sunday, May 13, 2012 | 1 comments
Rata2 dalam facebook penuh dengan ucapan hari ibu. Sebenarnya setiap hari pun hari ibu kerana setiap hari pun rasa penghargaan kepada jasa ibu patut ada pada diri setiap anak. Dan bukan pada hari tertentu saja untuk kita sambut dan hargai ibu kita.Selamat Hari Ibu buat semua ibu termasuk diri sendiri, terutama bonda Syarifah Yasin. Terima kasih kerana melahirkan, terima kasih kerana menjaga dengan penuh kasih sayang sewaktu bayi, terima kasih kerana selalu menasihati untuk kebaikan, terima kasih kerana mengorbankan banyak masa untuk buat macam2 kerja dan terima kasih untuk segalanya. Segala jasa dan pengorbanan ibu tidak mungkin terbalas. Tiada perasaan yang paling indah selain, bila kita bangun je dari tidur dan anak datang cari kita dan dengan muka yang sangat innocent lagi suci dan senyum2 malu terus ucap, happy mother's day ibu! (suara paling macho) haha. Maklumlah anak akak dah bujang dah. Kalau masa dia kecik2 dulu lain pulak cara dia nak ucap selamat hari ibu. Kadang2 tiga empat hari sebelum tu pun dia dah sibuk ingatkan kita bila hari ibu. Dah besar ni lain caranya. Tak kiralah cara macammana pun, perasaan terindah seperti dalam hati ada taman bunga ini bila lihat wajah anak yang sangat lembut walaupun hakikat dia sudah besar lagi macho akan tetap dikenang sampai bila2. Terus sejuk je rasa perut yang pernah mengandungkan dia selama 9 bulan lebih..:) Harini nak masak makanan feveret untuk diri sendiri boleh? haha. Ok, kejap lagi mau ke dapo nak masak tomyam. Nyam3x. Daripada pi jamu selera kat kedai, apa salahnya untuk hari ibu, kita pula masak untuk diri sendiri kannn. Anak pun suka ibu pun ceria......:) Sekian.. Labels: family, home, personal Roti Arab
May 11, 2012 | Friday, May 11, 2012 | 2 comments
Ya habibi Ya Maulana. Selamat pagi semoga ceria. HeheNi cerita lama. Dah berbulan2 lepas. Tapi nak jugak cerita kat sini. Sebab 1st time makan dan rasa makanan ni. Biasa dengar orang dok menjamu selera di restoren arab. Akak juga yang belum berkesempatan nak pi cuba. Ni juga antara projek bila akak balik Banting. Bila balik sana macam2 projek dan planning sampai kadang2 tak menang tangan. Tak menang tangan lah sangat, macamlah banyak kerja nak dibuat. Mungkin lebih tepat kalau akak cakap, tak menang kaki sebab asyik berjalan je kerjanya. Biasanya akak akan berjimba dengan adik beradik akak bila balik sana. Maklumlah akak jauh, jadi bila balik sebulan sekali memang banyak habiskan masa bersama. Planning asal nak pergi melawat anak kucing. Ye, akak akan adopt anak kucing baru. Buat teman tabby. Tak sabar juga ni nak ambil dan bawak dia balik rumah. Tunggu waktu sesuai untuk bawak dia balik. Lagipun dia masih belum sesuai untuk dipisahkan dengan ibu dia waktu tu. Umur dalam sebulan, pastinya masih memerlukan susu ibu untuk tumbesaran yang sihat bagai johan. Kitten dah ada nama, Roxy. Cute sangaaaat. Dengar cerita dan dari gambar2 yang ditag ke akak di fb, dia dah aktif bermain dan suka main dengan bola. Best sangat! Akak pergi melawat kitten dalam pukul 3 macamtu. Lama jugak duduk berbual kat sana. Siap makan2 lagi hehe. Sedangkan dah plan untuk layan roti arab petang tu dengan cousin akak di Cyberjaya. Tapi tak kisah lah kan. Ayat standard....BUKAN SELALU makan banyak2 macamni..:p So dalam pukul 6 petang baru lah akak sampai ke restoren arab. Macam akak cakap ni kali pertama menjejakkan kaki ke restoren arab, akak tak boleh bayangkan macammana agaknya rupa roti arab ni. Dan apa jenis menu2 dia. Ramai yang dok sibuk cerita tentang nasi arab yang marveles. Ok, nasi tu boleh lah akak bayangkan juga dan akhirnya, restoren arab cyberjaya (lupa nama restoren tu huhu) here i come!
Tu diaaa, dah dekat besar meja roti arab tu.
Waktu akak sampai sana, cousin akak dah tunggu kat kedai. Of coz lah dia paling awal sampai sebab tempat keje dia memang dekat sangat dgn restoren arab tu. So, semua ni dia yang order. Akak yang tak tau apa2 ni ikut je lah kan. Menu ketika tu tak silap akak lah, roti arab (saiz l) macam dalam gambar tu, nasi arab, kebab kambing dan ayam masak apa tak ingat dah. Kebab tu sangat sedap. Rupanya roti arab ni ada saiz juga. Bila sampai memang macam surprise!! Besarrrrnya, boleh habis ke ni???
Dengan cousin tersayang..;) (cousin lain pun akak sayang juger taw!)
motif letak gambar sama?? sama tapi tak berapa nak serupa sangat..;)
Psssttt, ada rahsia ni. Sebenarnya, kami berempat kat sini. Akak, adik akak, cousin akak dan teeeetttt. Identiti orang keempat belum boleh dapat dipertontonkan di khalayak ramai atas sebab2 yang tak dapat dinyatakan di dalam blog ini. hahahaha. Hanya akak dan cousin akak saje yang tau siapakah dia. Hanya boleh diperkenalkan pada umum bila tiba masanya nanti. Semoga segalanya dipermudahkan ye kakak (bukan nama sebenar cousinku) wink! opsss! tersebut pulak..;p
Akhir kata terima kasih kepada F (bukan nama sebenar juger) sebab belanja akak ye! Best sangat dapat jumpa, berbual dan beramah mesra. hehehe. Satu kepala jugak kita ni dek!..;)
Dan satu senario menarik yang akak dapat tengok sewaktu berada di restoren ni. Akak dikelilingi oleh orang yang sedang asyik melayan benda ni...
Akak takleh bayangkan kalau orang dah ketagih dengan benda ni dan bawak dia bersama2 ke mana jua. Macam kelakar kot. Sambil2 shopping pun dok layan shisha ni. Bak kata F bukan nama sebenar. Boleh je nak bawak letak dalam backpack. Bila nak hisap tarik keluar salur dia je Adoilah..hahahahaha. Kelakar dek memang kelakar!!!!
Labels: entertainment, family, menu, personal Multitasking ke?
May 10, 2012 | Thursday, May 10, 2012 | 6 comments
Bila mood dah menyerang mulalah gatal dok tukar2 template lagi. Mujur banyak juga masa terluang, kalau tak harus kerja rumah semua tak siap. Kena pandai susun jadual lah kan. Sape kata surirumah tak perlu schedule? Zaman dah maju ni, rasanya kebanyakan housewife ada smartphone atau lappy lagi canggih daripada laki diaorg kot. Wink!!..;)Bukan apa, takde lah pemikiran hanya bertumpu pada urusan rumahtangga je kan. Perlu juga buka minda lebih luas dan tau lebih banyak perkara. Belajar benda2 baru dan manfaatkan teknologi yang kian berkembang pesat dengan sebaiknya. Boleh jadi role model pada anak2. Bila ibu juga tau banyak perkara, sikit sebanyak mesti bertambah respek anak2 pada ibu mereka kan..:) Multitasking? Sebenarnya akak juga susah nk accept. Betulke kita boleh buat banyak kerja dalam satu masa yang sama? Ye, mungkin ramai yang boleh. Tapi akak tak boleh kot. Biasanya kalau nak basuh pinggan memang basuh pinggan je lah. Kalau tengah masak memang kena fokus masak. Nak sambil berfb memang hangus lah ikan kat kuali jawabnya. Walaupun kadang2 eksyen juga bagitau kat orang yang akak ni multitasking (tipu je sebenarnya tu). So kena siapkan satu2. Ikut lah mana nak buat dulu. Janji semua kerja sempurna pada waktu yang sepatutnya.. Akak lebih nampak ada lebih masa terluang sebab akak takde anak kecik. So jangan fikir jauh2 lah macammana akak boleh sempat pi keluar breakfast, mengadap internet, buat kerja rumah dll. Biasanya aktiviti luar rumah hanya akak buat bila akak tinggal sorang di rumah. Dan pastinya telah mendapat keizinan dari suami terchenta. Syukur kerana suami sangat memahami.. Bila dah mula berblogging ni sebenarnya rasa hidup sangat terisi. Dapat meluah segala rasa di hati. Rasa suka, puas, seronok kadang2 mungkin rasa duka, sedih, kecewa. Tak ubah seperti diari tetapi dalam bentuk yang lebih moden dan canggih. Cuma dunia blogger sekarang dah banyak berubah. Atau akak yang susah nak adapt dengan perubahan dunia blogging sekarang ni. Tapi takpelah, akak berblogging bukan untuk apa, sekadar mahu berkongsi cerita yang tak seberapa. Pada yang sudi masuk dan baca cerita2 kat sini, terima kasih daun keladi. Dengan rasa rendah hati, kadang malu pun ada pada diri. Cerita tidak seindah mana untuk diberi. Sekadar luahan rasa di hati. Ecewah! Orait sudah2 lah merapu, nak ke dapur pulak dulu. Settlekan apa yang patut.....caucincauuuuuu. Terus teringat soya cincau. Sedaaapnya....... Labels: personal Tabby lagi!
May 9, 2012 | Wednesday, May 09, 2012 | 2 comments
Seperti yang dah dimaklumkan, entry selepas 'come back' ni adalah banyak berkisarkan tentang ahli baru dalam mj's family iaitu tabby..;)Diam tak diam, dah lebih 6 bulan tabby bersama kami. Sekejap je masa berlalu dan masih tak lupa bagaimana dia sewaktu kali pertama jumpa dulu. Walaupun dia hanya kucing biasa (kucing kampung), tak sangka juga rupanya dia memiliki bulu yang agak tebal juga di beberapa bahagian badannya. Boleh kot kalau nak digelar kucing jenis DMH. Wahh, apakah itu DMH? DMH bermaksud domestic medium hair. Haa sesuka hatiku nak masukkan tabby dalam ketegeri kucing DMH ni haha. Waktu umur dia 4 bulan akak jumpa dan bawak balik dia, akak terus bawak dia pegi vet untuk vaksin kan dia. Ek eleh, kucing kampung pun nak vaksin2 ke? So what?? Dia pun nak sihat jugakkan? Kalau kucing sihat tuan dia pun senang. Even vaksin ni bukanlah bermakna kucing kita dah confirm bebas dari sebarang jenis penyakit tapi sekurang2nya kita dah buat dan beri yang terbaik untuk protect dia dari penyakit2 merbahaya. Ye, lah macam kita manusia ni, kalau sakit pandai bercakap dan pandai nak gi klinik untuk check up ke bagai. Kucing ni sakit ke apa ke mana lah dia reti nak bagitau kan? So kita sebagai tuan yang bertanggungjawab kena lah belajar untuk memahami reaksi dan perubahan sikap yang dia tunjukkan pada kita. Balik semula pada vet tadi. Waktu akak bawak tabby 1st time untuk divaksinkan, doktor vet ada bagitau, kemungkinan besar tabby ni kucing kacukan. Wahh yeke doktor? Bila tgk bulu dia yang lembut macam baldu kat area bawah badan dan ekor yang kembang dan terlebih2 especially kat bahagian paling belakang iaitu di bahagian dot3 dia tu hehe. Seryes, kesian bila tengok dia tak boleh nak jilat tempat uuk dia bila dia lepas melepaskan hajat. Kalau dulu masa dia kecik lagi, akaklah yang jadi tukang bersihkan taw! Kan ke dah macam jaga anak tu. Sampai mak akak cakap, nak tenggokkan nanti, sok kalau mak dah tua dia nak tak buat macamtu kat mak.. Janganlah cakap macamtu mak. Yang boleh dijanji apa2 pun yang berlaku masa depan mestilah anak mak ni akan jaga mak kan..:) Waktu umur dia masuk 5 ke 6 bulan, dia dah mengalami musim heat buat kali pertama. Apa tu heat tu? Alaa dengan kata lain musim gatai nak carik pasangan lah dek. Memang tak tahan bingit dengar dia menjerit. Adoilah, mau sampai ke hujung taman bila dia start keluarkan pitching dia masa tu. Tu belum menggolek2, tergedik2 kat lantai. Memang sangat tak keruan. Sampai kita tengok pun naik kesian. Tapi atas nasihat doktor juga, akak tak benarkan dia keluar cari pasangan sebab dikhuatiri dia subur dan terus bunting huhu. Umur kecik lagi mana lah reti nak jaga baby nanti kan. Lagi2 akak tidak bersedia untuk memiliki banyak kucing disebabkan perkara2 yang akak dah cerita di episod lepas. Wahhh, ada episod bagai. bajet telenovela lagi ler tuh! Pape jelahh! Penerangan lanjut tentang musim heat ni nanti akak akan cerita dia entry lain. Sambung pasal tabby tadi. Tambah kesian bila sampai habis semua bulu tengkuknya gugur disebabkan hormon dia yang tak berapa nak betul masa musim heat dia tu. Kelakar pun ada tengok rupa dia time tu, ekor je kembang, kepala kecik bulu gondol. Sampai naik risau jugak, takut habis semua bulu dia gugur. Bulu melekat sana sini. Sofa, kapet, baju, seluar akak semua penuh dengan bulu tabby. Disebabkan itulah, akak ambil keputusan utk cecepat kembirikan tabby. Dan alhamdulillah selepas tu tabby membesar bagai johan. Dia lebih tenang, manja dan baik. Banyak sebenarnya cerita yang nak dikongsi tentang tabby ni. Jadi, bakal ada entry2 lain lagi pasal tabby selepas ini..;) Tabby ada tabiat baru sekarang ni. Bila dia buat hal, geram pun ada, kelakar pun ada. Tapi geram tu lebih sikit lah kot. Apa tabiat baru tu??
nampak tak apa yang akak nampak?
Fine! Sekarang dia suka sangaaaat tumpahkan air dalam bekas minuman dia. Asalnya bekas tu ada botol kat atas dia. Lagilah dia syok main tarik2 botol tu dan tertonggeng lah bekas tu nanti. Ingatkan sebab dia suka dengan botol tu je, tapi bila dah tanggal botol pun dia masih main air tu jugak, maka akak buat kesimpulan dia memang tengah meroyan nak main air haha walaupun bila masa mandi masih gayat2 dengan air. Ni takpelah lagi bila tumpah kat lantai. Yang geram bila dia main air tu masa dia dalam cage. Habislah basah tuala tempat dia nak baring. Lepastu pandai bising panggil akak suruh akak tukar tuala baru. Haa nampak! Nak geram ke nak gelak sebab kelakar ke??
Bila akak perhatikan aksi dia sebelum dia tumpahkan air tu, mula2 dia beria lah minum. Ok, macam takde apa yang berlaku. Jangan tertipu! Tak lama lepas tu, mulalah dia start main2 air tu dengan tangan dia yang comei tu (tangan ke kaki? confuselah! hehe). Lepas main2 apa lagi?? Dia tarik2 sampai bekas tu boleh terbalik dan air tu tumpah. Dia sangat suka tengok air yang kat lantai tu dan dia boleh jilat2 minum dan pegang2 air tu buat main. Ye, kadang2 rasa comel sangat dia buat macamtu. Tapi kadang2 geram sangat bila dia buat perangai pukul 2, 3 pagi time orang tengah lena dibuai mimpi, dia panggil2 suruh tukarkan tuala baru yang kering. Kannnn!!!!
Pagi tadi, dia bangun lambat, sebab malam tadi dia tak tidur dok main air dalam cage sampai tuala lencun dan macam biasa dah puas main dia panggil2 suruh tukar tuala baru. adudududuhhhh....
air dah tumpah, bekas makan minum dah kosong, tuala dah baru, tido pun lena...zzzzzzzz
Labels: pets Tabby oh Tabby!
May 8, 2012 | Tuesday, May 08, 2012 | 2 comments
Semenjak ada kucing kucing ni, masa terluang akak agak terisi juga..kadang2 rasa sibuk mcm menguruskan anak kecik lagi2 time nak balik kampung atau nak keluar berjalan ke mana2..Percaya tak kalau akak cakap akak tak pernah tinggalkan dia bila akak balik kampung? akak hangkut semua brg2 dia siap dgn cage sekali..dah jadi keje pulak kan..tapi tak kisahlah..tabby punya pasal..tak sampai hati nak tinggalkan..dah lah dia tak berkawan..tak lepaskan luar rumah..kalau asyik kena tinggal mau tekanan perasaan pulak kang..huhu Mana akak pergi memang dia suka ikut..kadang2 nak keluar kejap pun macam kesiannya tengok dia..akak boleh bayangkan mesti dia asyik panggil2 sbb selalu kalau akak hilang dari pandangan dia pun dia dok ngiaw2 panggil..tapiiii kalau dia yang hilangkan diri dari akak...akak pulak yang dok panggil2 carik dia kat mana..hehe Tabby menjadi penghibur hati kami sekeluarga senang ceritanya..haziq balik sekolah je terus tanya..tabby mana? memang manja budak bulus sekor ni..kesian dia takde kawan, so akak dah booking sekor lagi kitten untuk dijadikan kawan tabby..insyaAllah cuti sekolah ni akak ambik dia bawak balik..tak sabar rasanya.. Tabby ni akak dah kembirikan dia..apa tu kembiri? kembiri tu kasi..apa tu kasi? kasi tu dalam bahasa modern spay..hehe..apa tu spay? alaa senang cite dalam bahasa yang senang paham mandulkan..kenapa mandulkan??? Cerita pasal kembiri ni nanti akak cerita pada entry lain..tungguuuuuuu!..;) Kucing yang lepas kembiri ni dia lebih baik dan sihat..lebih dengar kata..tu yang best tu..tapi tabby jenis kucing yang tak berapa suka dipeluk..mungkin sebab sejarah silam dia yang akak tak tau ke kan..huhu..dia hanya suka ikut mana akak pergi dan faham banyak benda yang akak suruh..tapi memang tak suka bila akak pegang dia dan letak dia atas dada..cepat je nak bangun..dia hanya suka datang dekat2 akak gesel2 dan cium2 ibu jari kaki..kalau akak tengah pegang henfon..gesel2 kat henfon..kalau tengah mengadap lappy, gesel2 pulak dekat lappy..ishh pelik..apa motif buat cmttu tabby?? Dia paling suka main dengan cicak dan lipas..naluri semulajadi lah kan..kalau nampak lipas ada hampun lagi..tapi kalau nampak cicak? maklumlah cicak tu kan ke tinggi kat dinding..dia pulak kat bawah je kan..sangat kelakar dengar suara dia panggil2 cicak tu..kitaorg dah tau kalau tabby keluarkan satu bunyik mengiaw yang kelakar tu maknanya dia nampak cicak lah tu..dan mr mj akak paling suka layan tabby waktu ni..sanggup dia pegi angkat tabby tinggi ke dinding yang ada cicak tu..ada sekali tu, mr mj pi tangkapkan cicak tu dan bagi kat tabby..ayooo!! Bukan dia nak makan pun cicak tu..dia cuma main2 sampailah cicak tu longlai..tapi bunuh cicak dpt pahala kan? Mak aiii..geli lah bila cicak tu dah kiok kat lantai..tabby pun dah x teruja nak main..apa lagi..mr mj silalah buang cicak tu ye..sape yang rajin benar nak layan tadi? muehehehe Macam2 gelagat kucing yang seronok kita nak tengok sebenarnya..dan kadang2 kitaorg buli dia buat macam2..haha..terpaksa lah dia redho je kan....;p
buat homework ke abg haziq? tabby temankan ye?
apa yang susah sangat tu? bak sini tabby kirakan
hadoiii..mengantuk pulak teman orang buat homework ni..zzzzzzzz....
Sekiannnn..:)
Musim ke?
May 7, 2012 | Monday, May 07, 2012 | 0 comments
Hari ni dan semalam akak kena selsema dan batuk..:(Biasalah kalau sorang dah kena serang, complete satu family akak kena..barulah sehati sejawa kannn..haha..mula2 haziq sakit tekak..lepas berminggu2 berpanas di padang..tak hairan lah kalau tak sihat macamtu kan..lepas tu mr mj pulak..sakit tekak, batuk dan selsema..akak pulak time tu macam rasa wahh kebal gak aku ni, steady je sihat..alih2.... Bila semua dah semakin pulih..turn akak lah pulak kan..masa nak tido malam tu macam ok je rasanya..tapi bila bangun pagi terus rasa macam orang nak demam..mata dah start panas2..tekak dan perit2..tp syukurlah tak teruk sangat..memandangkan stok ubat memang dah ada, akak pun lelaju je telan ubat sebelum melarat.. Tapi yang paling bestnya time selsema ni, suara ala2 lemak merdu sengau2 basah..alaa mcm suara bila nyanyi dalam bilik mandi tu..ni kalau test pitching sure kalah sheila hamzah ni! amacam layak tak nak join mania? *pitammaknak..hahahaha.. Akak perasan satu perkara lah, semenjak minum air tapis ni kan..tak kiralah kot brand apa pun uols pakai..akak guna elken (bukan nak promote sebab dah bertahun pakai ni)..kalau akak sakit tekak dan minum air banyak2 sekejap je dah ok sakit tekak tu..dan akak dah kurang sangat kena ulcer dalam mulut..alhamdulillah syukur lah kan..untuk pengetahuan, akak sangat tak suka minum air masak..perasaan masa nak telan air kosong masak tu rasa macam nak minum ubat..kelat je kat tekak rasanya..huhu..tu yang senang kena ulcer tu..haishh, pandai nasihat kat anak..minum air kosong banyak2..tapi diri sendiri..haaapepontakbole!! Rasanya sekarang ni musim orang tak sihat..betul ke? sana sini dengar orang batuk selsema..so, minum air kosong banyak2 ye! (sambil nasihat diri sendiri) Oklah, hari ni dah bertambah sihat rasanya..entry takde gambar mcm tak best pulak kan..so, layan je lah...
motif letak gambar ni???????????? haha..
Labels: personal Tips mudah untuk belajar! Tak percaya cubalah!!
May 6, 2012 | Sunday, May 06, 2012 | 4 comments
Salam ahad penuh ceria.. Kali ni, entry untuk adik2 dan anak2 yang bernama pelajar..pastinya akak dulu pun pernah bergelar seorang pelajar..zaman akak dulu tak banyak sumber kita boleh carik tips atau apa saja program yang boleh kita baca dan kita ikut..tak macam sekarang..semua pun hanya dihujung jari..dah lebih canggih takyah susah nk ketak ketik keyboard dah pun..touch2 je pun dah dapat macam2..zaman dulu internet pun takdak lagi..:( Segala suka duka, riang ria melalui zaman remaja alam persekolahan semua akak dah rasa..zaman di mana kita mula rasa ingin memperjuangkan perasaan dan hak sendiri sebagai manusia dan zaman konflik untuk mengenali jati diri sebenar..masa tu pastinya kita sebenarnya tidak berfikiran jauh..apa yang kita fikir atas apa yang hanya kita nampak depan mata saje.. Malas belajar, malas buat homework..tu perkara biasa yang dialami oleh kita yang dinamakan pelajar..sedangkan yang dah tua ni pun ada kalanya malas nak kerja malas nak buat itu malas nak buat ini..tapi makan tak pernah malas, main fb pulak tak pernah yang tak malas..haa, cmne tu?? hehe Sekarang, akak sudah pun lama meninggalkan zaman itu kerana akak telah pun bergelar seorang ibu..sikit sebanyak akak juga belajar dan memahami beginilah rupanya perasaan setiap yang bergelar ibu..dulu akak tak suka mak bising2, mak suruh2, mak paksa2, mak marah2..sape yang suka kan? walaupun hakikat ketika itu, akak sangat tau, mak begitu kerana mak sayang..tapi tetap tak suka cara yang begitu kan? Sehinggalah kini, bila akak dah berada di situasi sekarang akak cuba menjadi yang lebih baik..memang tak boleh sempurna itu sudah pasti..tapi akak cuba yang terbaik! bukan anak2 je sentiasa nak jadi yang terbaik..ibu2 juga mesti sentiasa ada rasa untuk jadi ibu yang terbaik pada anak2..baru lah adil kan?..;) Kalau akak dulu, akak sangat mengharapkan mak akan faham apa kehendak akak..faham perasaan akak..faham konflik diri akak..nasihat yang terbaik..sentiasa beri sokongan dan semangat pada akak dan macam2 lagilah..so akak cuba beri itu semua pada anak akak pula pada hari ini.. Sape yang rasa dia rajin belajar? cuba angkat tangan!! hehe..rasanya budak genius macammana pun kalau ikut hati dan apa yang dirasa tentu lah malas juga kan..lagi best gi mall tengok wayang, atau ronda2 dengan member naik fixie, futsal dengan geng2 pun orait jugakkan..study?? hadoinyepun lah kan....;p Sape juga kata seorang pelajar tak boleh buat semua tu? sebagai ibu akak tetapkan izinkan anak akak keluar nonton wayang atau lepak mcd dengan kawan2..akak bagi je anak akak naik fixie tapi dia pulak yang tak minat..hurmm senanglah keje akak kan..hik3x..;p Tapi semua tu kenalah pada masa yang bersesuaian dan bertepatan..hidup asyik belajar je pun boleh jem otak ye tak? komputer kalau on je pun panas hard disk mau kong terus..huhu..macamtulah jugak otak kita ni..belajar ni sebenarnya tak perlukan kuantiti..kualiti tu yang sangat penting..tak perlu tidur sampai pukul 2, 3 pagi kalau 30 minit pertama je yang kita fokus tapi 2, 3 jam yang lain fokus kita lebih pada reply2 komen kat fb dan main2 game kat fb..nak layan fb boleh..sape kata tak boleh? tapi jangan buat 2 kerja itu dalam satu masa yang sama..rasanya buku vs fb..confirm lah fb menang kan..layan satu2..layan buku dulu..bila dah penat dan mengantuk..layan fb kejap pula..layan fb ngantuk pun boleh jadi celikkan? kannnnnn.... Fokus utama adalah pembelajaran dalam kelas..dengar betul2 apa cikgu ajar..fokus pada cikgu walaupun cikgu tak cun macam maya karin atau hensem macam aaron aziz ye..kita nak ilmu dia bukan nak skandal dengan dia..kannnn!!..tak faham tanya je cikgu tu..takde cikgu yang tak suka kalau pelajar dia rajin bertanya soalan yang tak faham..jangan tanya soalan bukan2 dah lah kan..kot sibuk tanya fb cikgu ke..tanya cikgu ada gf ke bf ke..haa mmg nak kenalah kan..sendiri mau ingat lah kan...hehe Saya malas belajar sebab main xbox dan ps3 lagi syok apa!!..ye betul, sape kata main game tak syok?? akak pun layan juga game2 ni sekali sekala..;) boleh je nak main xbox ke ps3 ke tapi dengan sikit je disiplin diri..utamakan apa yang perlu dulu..kalau rasa homework banyak belum siap..apa kata pi siapkan cepat2 pastu nak mengadap game tu rasanya mak pak pun dah tak bising dah kot..dan kalau lagi 2, 3 minggu nak exam tak salah rasanya kita bagi xbox dan ps3 tu rehat kejap..kot dia pun letih dek! korang dok kerjakan dia je..lepas exam..haa main lah balik..mesti rasa lebih puas nanti bila result exam keluar kebabom..kita dapat semua kan..dapat result best, dapat juga main game..cuma kena tahan hati sikitttt je..kannnn..;) Hanya kita yang tau apa yang kita dah tau dan belum tau..ayoooo..apa ayat berbelit2 ni?? maksud akak, hanya kita yang tau apa yang kita dah kuasai dan belum..jadi sebenarnya takde tips mudah untuk belajar ni..asal pandai bagi masa, ada disiplin diri insyaAllah..kita akan dapat semua..takde jalan mudah untuk berjaya..nak jalan mudah, rebuslah buku rujukan tu, minumlah airnya..kalau tak belajar..takdenya dapat jawab soalan masa exam tu nanti.. Bagi akak kunci kejayaan selain dari tekun dan usaha gigih adalah disiplin diri..cuba buat untuk diri sendiri bukan sebab mak bising atau cikgu suruh..pasti kita lebih berpuas hati..perasaan tu hanya akan dirasa sewaktu keputusan periksa keluar je..cubalah kalau tak percaya..:) Nak pandai bukan kena belajar setiap masa..kena balance antara akademik dan ko-kurikulum juga..kalau exam dok dapat straight A je lepastu kaki bangku pun tak syiok jugakkan..syarat kemasukan U pun nakkan kita cemerlang dalam dua2 bahagian tu..:) Jadi, untuk ibuk2 dan bapak2 di luar sana..kalau anak sibuk nak aktif sukan..tak salah kita beri sokongan..asal saja kita sentiasa pantau juga waktu belajar anak2 kita..badan sihat minda juga akan cergas..biar anak kita boleh buat semua benda..sentiasa beri galakan pada anak2 kita..fahami hati dan keinginan mereka..tunjukkan kita bangga pada setiap penglibatan mereka dalam kegiatan2 sihat..anak2 ni suka kena puji sebenarnya..suka kita beri perhatian..tapi jangan sampai kita kongkong mereka pula..nanti mereka rimas..yang penting didikan awal yang kita beri pada anak2..cukup ilmu dunia dan akhirat, insyaAllah kita akan dapat hasil yang memuaskan dari anak2 kita nanti...:) p/s - setelah berusaha jangan lupa berdoa dan bertawakkal..insyaAllah setiap usaha yang gigih dan ikhlas pasti ada ganjarannya..:) MSSD Segamat 2012
May 5, 2012 | Saturday, May 05, 2012 | 0 comments
Alkisahhhh..tersebutlah kisahhh..tayyibbbb..heheCerita dah agak lama juga ni..tapi takpelah, nak jugak masukkan kat sini memandangkan akak dah lama sepi, so banyaklah cerita2 tertunggak kan.. Tiap2 tahun akak rasanya tak pernah tinggal melayan sukan peringkat sekolah mahupun daerah..sejak setahun dua kebelakangan ni acara sukan mssd dibuat sebelum sukan peringkat sekolah..so cikgu2 yang bertanggungjawab memilih peserta tu agak pening kepala lah kot nak memilih budak2..dapat cikgu yang berjiwa sukan oklah kan sebab cikgu kenal budak2 yang berpotensi untuk dapat tempat di mssd tu nanti.. Seperti tahun2 lepas, tahun ni juga akak rajin ke padang untuk memberi sokongan moral pada budak2 yang masuk acara..lebih2 lagi tahun ni anak akak pun ada masuk acara juga..walaupun bukan ranking teratas tapi dah sangat bersyukur ada juga tempat untuk dapat pingat..alhamdulillah..:) Akak pun tak tau dari mana haziq dapat skill untuk lari berpagar..kalau ikut akak ni toksah kata lari berpagar..lompat parit pun gayat2 je!..hahahaha..nak kata ikut Mr MJ pun, rasanya masa sekolah tu bukan acara dia..tak kisahlah kan..nak kata dia lompat cantik sangat tu pun taklah jugak..tapi ok lah kot..dia boleh lari sambil melompat..kalau akak lah nak lari pun dah semput..suruh lompat terus koma lah kan..kah3x..;p Haziq hanya dapat 2 pingat je untuk mssd tahun ni..jadilah kan..insyaAllah satu permulaan yang baik untuk dia..tu pun kalau dapatlah dia nak kekalkan prestasi berlari sambil melompat..hehe..kena rajin trainning lah kot..baru ada peningkatan.. Dan yang sangat membanggakan akak, walaupun tumpang bangga je sebenarnya..hehe..Sekolah Tinggi Segamat telah mendapat pungutan emas tertinggi dalam kejohanan olahraga mssd 2012..tahniah pada cikgu2 dan murid2 yang terlibat..hasil dari penat lelah bersama..cikgu2 yang rajin kejar dan paksa budak trainning dan budak2 yang terpaksa trainning sebab cikgu2 suruh..hahaha..oklah tu kan..;p Ok, layan gambar je pulak.. Dan olahragawati bagi kejohanan olahraga mssd bagi tahun 2012 jatuh kepadaaaaaaa.....drummm roll!!!.........................................................................
Tadaaaaaa!!..hahahaha..:p
Labels: sports Ladies day out!
May 4, 2012 | Friday, May 04, 2012 | 4 comments
Ni aktiviti pagi khamis..sesekali keluar breakfast dengan kengkawan memanglah heaven..tu pun setelah masing2 dapat keizinan suami2 yang sangat sporting dan understanding..tq darling!..ecehhh..;pKali ni kitaorg layan sarap modern dan ringkas je pulak..hari2 lain dah pekena soto, nasik lemak, mee udang dll..kali ni jom layan kfc breakfast..;) ngam2 untuk tiga orang punya menu..tu pun tak habis.. Biasa sebelum ni dok layan mcd untuk sarap so kali ni try rasa kfc punya pulak..yang bestnya kfc boleh refill coffee tau..best sesangat!..;)..lain kali boleh sarap kat sini lagi..:) Chit chat pastu snap2 gambar bagai sampai lah pukul 10..biasa lah kalau dah berjumpa banyak ketawa dari bercerita..ketawa kan awet muda.....ttdma..;p..yang bestnya time weekdays kfc adalah sangat lengang..rasanya pagi tadi kami bertiga yang sampai paling awal.. tak sah lah kan kalau tak posing2..:p Kalau dah keluar macamni tak sah lah kalau port satu tempat je kan..mesti ada je tempat lain nak dituju..jalan2 cuci mata kat butik tudung mya zara..siap posing2 jadi model tudung lagi..hik3x..;p Cantik2 juga tudung kat mya zara ni..akak baru 1st time pergi..sebelum ni tak tau pun ada butik mya zara ni..kesian, sangatlah ketinggalan..huk3x..kengkawan dah ajak apa lagi lah kan, best gak cuci2 mata dan gaya2 sakan..haha..kita layan model2 tak bergaji ni dulu jom! hehehe..
model pertama dengan tudung 3 layernya..cantekkk kan modelnya!..hehe
seryess tudung dan model dua2 pun cun..;)
harussslah nak jugakkan..menggayakan tudung model pertama..haha
Memang meriah butik tu..bertiga campur dgn budak2 yang jaga butik berlima je tapi dah macam 10 orang ada dalam tu..bayangkan je lah kan cmne happeningnya..so, pada sesiapa yang duduk area segamat ni, marilah datang beramai2 ke butik mya zara yang terletak di bandar utama..mya zara juga menerima tempahan manik dan diamonds untuk tudung yang dibeli di situ..lip lap dan bling2 uols!! Last but not least, mari kita gambar ramei2....ngeeee.. Ok dah siap bergambar sume..jom balik dah jom!! tapi.....ehh hauslahhhh..apa kata kita minum dulu!!!!..gambar?? haa kat situ tak dan dah nak berposing2..kang nyampah pulak orang tengok kang!!..muahahahaha..:p Sekian untuk ladies outing kali ini......:) Labels: entertainment, friends, personal, shopping Bila angin datang lagi!
May 3, 2012 | Thursday, May 03, 2012 | 0 comments
Angin bukan sebarang angin, bukan angin kus2 mahupun angin sendawa..apatah lagi angin dari perut..heheBiasalah bila semangat nak berblog ni datang mulalah gatal dok godek sana dok godek sini..tukar sana tukar sini, cat sana dan cat sini..barulah semangat nak balik rumah baru kan..;) Kali ni dengan konsep lebih simple dan santai..yang penting nampak kemas dan teratur..baru selesa mata memandang..tapi mcm biasa jugaklah bila start je godek2 macamni kepala pun mulalah nyut2 berdenyut..elok2 dah senang kopipes je kod masukkan template sendiri yang gatai nak ubah segala bagai sape suruh kan?..sendiri carik pening lah kan..hurmm..takpelah janji puas hati!.. Cuaca panas tiba2 mendung dan gelap tapi tak hujan pun..mendung tak bererti hujan..tapi jadilah daripada panas tak hujan2..ye tak? Bila mendung perut mesti lapar..masalah betul lah kan..bila lapar mulalah teringat macam2..terus teringat pada blondies..festaim makan kat rumah kawan akak..sedaaap sgt..so angin nak buat cookies macam datang pulak sekarang ni.. Pernah dengar blondies? rasa sangat marveles..kalah famous amos..seryesss!..tapi akak tak tau resepi..nak tanya akak kan pemalu..ahakssss..ahakssssss..ttdma..;p Tapi takpe, akak akan berusaha bersungguh2 untuk mencarik resepi blondies ni..ada jugak search kat incik gugel..meh tengok macammana rupa blondies ni..:) Tergoda tak uols?? sedaaapnya..bila nak try buat ni? ke sesiapa yang pandai buat tu meh buatkan akak meh.....ngeeeee..;p Bermulanya alkisah - episod 2
May 2, 2012 | Wednesday, May 02, 2012 | 2 comments
Bajet telenovela gamaknya ni!..:pSambungan dari entry lepas.... Dengan tak disangka, satu hari masa balik rumah MIL akak..sampai je rumah tetiba ada sekor anak kucing yang sangat comel terus datang dan gesel2 akak..sangat manja dengan muka yang macam mintak kesian..hehe..akak musykil sebab setahu akak, kucing2 kat rumah MIL akak semuanya takut pada orang lain..semuanya hanya manja pada MIL akak je, tapi tiba2 sekor anak kucing ni agak pelik manjanya pada akak.. Dan akhirnya baru akak tau rupanya dia cuma kucing mendatang..kebetulan warna bulu adalah sama dengan kucing2 yang sedia ada kat rumah tu, jadi sape lah yang sangka tu kucing lain kan? Tak tau kenapa hati ini, setelah melihat wajah anak kucing yang manja tu, bagai disiat2 dan meronta2 untuk bawak anak kucing ni balik..mungkin juga sebelum ni memang dah pernah berhajat dan terfikir untuk mencari pengganti kucing yang dah tak balik2 sebelum ni..2 hari akak kat kg, cuma menguatkan hati untuk tidak bawak anak bulus ni balik namun akak gagal jua..bangun pagi je akak dah dok mencari mana anak kucing ni pergi..bila pandang wajah dia hati terus je jadi sayu..sambil mengenang..ntah mana ibu kucing ni..siapa adik beradik dia..dari mana dia datang..oh! akak memang touching! Dengan tidak berbekalkan satu benda pun keperluan kucing, akhirnya setelah dipersetujui secara paksa..haha..Mr. MJ akak pun bersetuju dan memberi kebenaran untuk akak bawak balik anak kucing ni..bawak dalam beg plastik merah je uols!..lapik dengan tuala kecik..dia pun kurus je masa tu..cuma bulu je agak gebus dan bersih..:) Sejam setengah perjalanan, mencabar jugalah..kucing mana yang reti diam dalam kereta kalau festaim naik kan? So macamtu lah juga anak kucing yang akak ambik ni..akak pujuk, akak dukung, akak usap akhirnya dia tertidur..kejap je pun..lepastu dia bangun dan bising balik..huhu Fuh! Sampai juga dan destinasi pertama akak perlu tuju adalah giant..kenapa giant? sbb akak perlu carik makanan kucing dan memandangkan hari dah malam dan petshop dah tutup jadi gaint lah kan yang akak tuju..makanan tu yang paling penting..lain2 boleh tangguh dulu..dan anak kucing kenalah duk kejap dgn Mr. MJ dalam kereta..dan satu insiden telah terjadi...jeng..jeng..jeng....... Siap akak beli apa yang akak nak, akak pun menuju semula ke kereta lah kan..tengok2 Mr. MJ dah keluar kereta..oh! ambik angin agaknya..tapi bila lihat air muka cik abang akak kelat je...hurmm, ni mesti ada apa2!!!! "Kucing ni dah membuang..habis menitik2 ni!!"......Haaaa?? hanya tu yang mampu akak jawab..hehe Apa lagi, cepat2 lah naik kereta dan pecut balik rumah..siap menitis2 dalam kereta u!..hamik! udah menambah keje lah kan..takpe, dugaan pertama bela anak bulus..;) Sampai rumah, bawak masuk, anak bulus nampak begitu cepat menyesuaikan diri..berjalan sambil mencium2 lantai, akak beri makan dan minum.......welcome to Mr MJ's family, Tabby!!.. hari pertama menjadi anak angkat..;) cepat belajar IT budak bulus ni..;p Dan semua gambar2 ni adalah gambar2 6 bulan lepas..sudah pastinya sekarang sudah membesar bagai johan..;) p/s - pasni confirm blog penuh cerita pasal anak bulusss je lah kan.....;p Berjaya juga akhirnya!
May 1, 2012 | Tuesday, May 01, 2012 | 0 comments
Syukran! Akhirnya berjaya juga settledkan problem post feed akak..setelah berpeluh jugaklah dahi memerah otak, akhirnya berjaya menukar setting di feedburner..;)So moral of the story, bila gatai tukar link ni bukan semudah a, b, c..huhu..banyak benda kena ambil kira..tu belum lagi kengkawan blog confirm putus hubungan bila kita tukar url..nak kena pi masuk tiap2 blog dan jaja url baru kita..tu pun kalau ada dorang kesah lah kan! hahaha.. Tapi at least hari akak dpt ilmu baru..so takdelah orang ada blog kita pun nak ada blog..at least akak byk belajar dari blog ni sebenarnya..selain dari dok kepohkan hal2 kehidupan kita dalam ni, akak dah belajar macammana nak isi template ikut design akak suka..elok2 dia dah bagi template cantik, akak pi tukar header, background segala bagai dalam tu sampai jadi lain dah template tu..main dgn coding2 semua..html code sume tu lah kan..sangat2 menarik dan i loooike it very much! teringat zaman dolu2 waktu tengah sakan dan kemaruk main html code untuk template ni..huhu..really miss it! Jadi sesiapa yang baru nak register blog tu fikir betul2 nak letak url apa..akak dulu main belasah letak, lama2 dah rasa macam blog ahli biology dan fizik pulak dah..wakakakaka..tu yang gatai pi tukar lain tu..;p Ok, petang ni cuaca mendung je..sejuklah sikit setelah lama panas dan berlengas..huhu..tetiba petang ni teringat padaaaa.............. BIG APPLE DONUT!!..ayooooo!!.. |